Tatkala melihat rakan-rakan seusia sudah mendirikan rumah tangga, sudah pasti terdetik sekelumit rasa cemburu melihat kehidupan mereka. Masakan tidak, melihat masing-masing sedang menggendong anak di sisi sambil diiringi gelak dan tawa riang.

Bagi anda yang telah melakukan pelbagai usaha, ber’tik tok’, bigo dan sebagainya tetapi jodoh tidak kunjung tiba, semestinya hati akan menjadi sayu. Ditambah pula usia yang semakin meningkat tua. Tetapi itu bukanlah pengakhiran buat diri anda.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak

Ini kerana terdapat berita gembira buat anda yang bergelar bujang. Memetik artikel Khalifah Media, restoran steamboat yang bernama Happiness Mini Shabu-Shabu di Johor telah memperkenalkan konsep ‘Mencari Jodoh’ bagi para pelanggan mereka yang kesunyian.

Melalui konsep ini, setiap orang yang hadir untuk menikmati hidangan steamboat akan berpeluang untuk bertemu rakan baharu.

Bagaimana Caranya?

Anda akan ditempatkan di satu meja yang mempunyai tirai kayu memisahkan mereka dengan meja hadapan. Tirai kayu berkenaan boleh dibuka dan ditutup oleh kedua-dua belah meja mengikut kehendak diri jika anda ingin bersemuka dengan orang yang tidak dikenali, seterusnya akan dapat berkenalan sambil makan bersama-sama.

Sumber: Dream.Co. Id

Kalau anda rasakan tidak berminat untuk berbicara dengan orang dihadapan, boleh sahaja menutup tirai dan makan secara berseorangan.

Ambil Konsep Dari China

Pembukaan restoran berkonsepkan temu jodoh merupakan sesuatu yang menarik kerana konsep ini pertama kali diwujudkan di Malaysia.  Difahamkan konsep yang dibawa oleh restoran berkenaan menggunapakai konsep yang diperkenalkan dari negara China.

Tidak dapat dipastikan dari wilayah mana ia dimulakan, memandangkan restoran berkonsepkan mencari jodoh telah tersebar luas di China.

Sumber: Khalifah Media

Restoran tersebut dikatakan berjaya membantu pelanggan mendapatkan pasangan setiap dua atau tiga hari. Kejayaan membantu mendapatkan pasangan di China berkemungkinan besar menyebabkan restoran di Johor terinspirasi untuk membantu pelanggan yang kesunyian.

Kenapa Steamboat?

Tentu ramai yang mempersoalkan kenapa steamboat menjadi menu pilihan bagi restoran berkenaan, kenapa tidak menu-menu lain. Ini kerana steamboat merupakan makanan yang biasanya dimakan bersama teman, sama ada bersama ahli keluarga, rakan-rakan teman wanita mahupun kekasih gelap! Agak janggal untuk melihat pelanggan menikmati hidangan steamboat seorang diri.

Justeru bagi peminat-peminat steamboat yang kesunyiaan tanpa teman mungkin ini peluang anda untuk berjumpa dengan kenalan baru. Bagi anda yang sudah berkahwin tetapi ingin merasai menu steamboat di sana sangat dialukan, tetapi sekiranya ada niat untuk menambah ‘cawangan’ seeloknya tidak digalakkan. Berilah peluang kepada mereka yang masih bujang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju dengan konsep restoran ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN