Setiap kali cuti umum, cuti hujung minggu mahupun cuti persekolah, pusat peranginan terkemuka Cameron Highlands pasti menjadi lokasi pilihan orang ramai untuk membawa ahli keluarga dan rakan untuk bercuti.

Sumber: Kosmo

Disebabkan itu, setiap kali cuti, Cameron Highland akan mengalami masalah kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga ada yang tersangkut lebih 3 jam untuk naik ke atas sehingga menjadi tular di media sosial.

Namun kini, para pengunjung tidak perlu risau memandangkan sebatang jalan pintasan baru bertingkat akan dibina di Cameron Highland kelak bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Perkara tersebut disahkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) Datuk Zainal Md Amin hari ini, selepas cadangan pembinaan dibuat melalui perbincangan Mesyuarat Tindakan Daerah yang mana Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab untuk membina jalan pintasan tersebut.

 

Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas 

Sumber: The Star

Melihat kepada bentuk geografi kawasan Cameron Highland yang berbukit bukau dan bergaung, ia pastinya menyukarkan kerja-kerja pelebaran jalan.

Sehingga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong mencadangkan supaya jumlah kenderaan yang masuk ke Cameron Highland dihadkan kepada jumlah tertentu.

Mana tidaknya, menurut rekod, hampir 10,000 kenderaan pelancong dilaporkan keluar masuk setiap kali menjelang musim cuti panjang yang menjadi punca kepada masalah kesesakan sehingga menyebabkan ada yang serik untuk berkunjung ke kawasan tersebut.

Sumber: LokaLocal

Namun, apabila difikirkan semula, sekiranya jumlah kenderaan dihadkan, ia pastinya akan merencatkan lagi sektor pelancongan di pusat peranginan ini.

Disebabkan itu, Kementerian Pengangkutan digesa untuk menilai dan merancang satu laluan alternatif di Cameron Highlands bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serius di daerah itu.

Sekiranya cadangan jalan pintasan bertingkat sepanjang 23km bermula dari kawasan Habu, kira-kira 9km dari Tanah Rata hingga ke Blue Valley, yang bersempadan dengan Lojing di Kelantan tersebut diluluskan, ia pastinya dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands secara strategik.

 

Rancang Percutian Dengan Bijak

Sumber: Astro Awani

Jika anda sudah tahu kawasan Cameron Highland sering sesak dengan pengunjung, anda disaran untuk merancang perjalanan anda sebaiknya.

Ini termasuklah dari segi menempah penginapan lebih awal secara atas talian memandangkan hotel penginapan termasuk homestay kebiasaannya akan penuh pada waktu cuti.

Tidak rugi pun sekiranya anda merancang percutian lebih awal kerana harga hotel atau homestay akan menjadi lebih murah berbanding pada waktu cuti yang harganya secara automatik akan meningkat naik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah jalan pintasan pintasan baharu bertingkat dibina di Cameron Highland?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN