Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.

Oleh sebab keadaan yang sejuk dan tempat peranginan dalam negara yang paling dekat dengan kawasan Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan, ia menjdi tumpuan pelancong dari dalam dan juga luar negara.

Pastinya ia menjadi pilihan bagi mereka yang bekerluarga untuk membawa anak-anak bercuti. Lazimnya, Cameron Highlands akan dipenuhi pengunjung setiap hujung minggu, cuti perayaan mahupun cuti sekolah.

Jumlah Kasar Pelancong Ke Cameron Highlands

Sumber: Imgrum

Kebanyakan penduduk tempatan pada asalnya mengusahakan ladang dan kebun mereka untuk meraih pendapatan dari segi menjual sayur-sayuran, buah-buahan, menyediakan homestay dan sebagainya.

Sejak 2015 penduduk di Cameron Highlands berjumlah 41,700 orang dengan pertambahan penduduk meningkat sebanyak 2.79 peratus setahun. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah sektor perlancongan (penawaran pekerjaan yang berkaitan) serta pertambahan kawasan perumahan dan penempatan.

Secara ringkasnya, berdasarkan jumlah pelancong setahun ke Cameron Highlands:

Jumlah pelancong setahun : 1,007,992 orang
Purata ringkas sehari : 4,690 orang
Purata ringkas mingguan : 19,383 orang
Purata ringkas bulanan : 83,994 orang

Angka ini mengunjurkan bagaimana pada hujung minggu, Cameron Highlands akan mengalami kepadatan penduduk puncak sekitar 95 peratus dari jumlah mingguan.

Pada hujung minggu, seramai 18,414 orang pelancong akan datang ke Cameron Highlands dengan taburan kehadiran pelancong berlangsung selama 3 hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Bayangkan kalau setiap pelancong ini datang secara berkereta dengan kapasiti purata 4 orang, maka semasa hujung minggu sebanyak 4,603 kereta akan bertambah di Cameron Highlands.

Cameron Highlands pernah menerima sejuta pelancong dalam tahun 2015. Di Pahang, hanya Genting Highlands dan Kuantan yang menerima pelancong melebihi angka sejuta; iaitu masing-masing menerima 8,230,678 dan 1,838,573 orang pelancong.

Ini dijangka berulang bagi tahun 2017 dan 2018 juga.

Bayangkan purata pendapatan mereka yang berniaga di Cameron Highlands dengan kemasukan pelancong setiap tahun itu.

Cameron Highlands Lubuk Sumber Pendapatan Pekerja Asing?

Mutakhir ini, timbul isu pekerja asing mula dibenarkan dibawa masuk dan dikhuatiri akan memonopoli pertanian yang diusahakan oleh warga tempatan.

Sumber: Utusan

Dalam perkembangan yang sama, Bangladesh dan Malaysia (ketika pentadbiran Barisan Nasional) dikatakan telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun sejak tahun 2016.

Lambakan pekerja asing itu secara umumnya merisaukan rakyat. Setakat ini, laporan-laporan menyebut ada 2.1 juta pekerja asing yang berdaftar; manakala dua ke tiga juta lagi tidak mendaftar. Dengan pertambahan 1.5 juta lagi warga Bangladesh yang bakal dibawa masuk, itu menimbulkan kerisauan orang ramai mengenai kesannya kepada periuk nasi rakyat Malaysia.

Ini ditambah lagi dengan lambakan pelarian dan pendatang asing yang lain-lain. Berdasarkan data United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), Malaysia ada sekurang-kurangnya 150,000 pelarian, pencari suaka dan pendatang asing yang berdaftar di bawah badan itu.

 

Bagaimana Negara Mahu Menguruskan Jutaan Pekerja Asing Yang Masuk ke Negara Ini?

Apa yang membimbangkan, lambakan ini akan menyebabkan pekerja tempatan tidak mampu bersaing dengan pekerja asing memandangkan upah pekerja asing lebih murah berbanding pekerja tempatan.

Majikan juga lebih gemar menggunakan khidmat pekerja asing memandangkan mereka lebih mudah mengerah tenaga pekerja asing, yang sebenarnya menganiaya pekerja asing yang dilihat kurang mendapat perlindungan hak buruh berbanding pekerja tempatan.

Kebanjiran pekerja asing di negara ini begitu ketara dan menutup banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia sendiri.

Dari satu sudut yang berbeza, keadaan ini juga salah warga tempatan itu sendiri. Ada yang dituduh memilih kerja, malah yang menjadi usahawan pun lebih cenderung mengambil pekerja asing dan mengenepikan pekerja tempatan.

Contoh terbaik ialah perkembangan industri pertanian di Cameron Highlands sendiri. Ambil contoh seorang petani tempatan berkembang menjadi usahawan pertanian yang mengusahakan ladang sayur.

Peralihan menjadi majikan itu (yang diikuti dengan pertambahan pendapatan) mulai memberikan modal tambahan kepada petani untuk membuka lebih banyak kebun sayur kerana kini mereka tidak lagi perlu membanting tulang empat kerat keluarga sendiri; sebaliknya mereka menguruskan perniagaan.

Perkembangan perniagaan itu berlaku dengan pantas dan disusuli dengan lebih banyak kawasan tanaman yang dibuka.

Pada awalnya Lesen Pendudukan Sementera atau TOL dimohon. Jika diterima, mereka mengusahakan di atas tanah TOL. Tetapi ada juga segelintir yang mula melangkau sempadan asal yang dibenarkan.

Jika TOL tidak diluluskan, ada juga yang tanpa rasa takut mula menodai kawasan simpanan hutan dan tanah kerajaan.

Bila kawasan pertanian semakin luas, tenaga buruh asing semakin diperlukan dan menimbulkan permintaan untuk dibawa masuk lebih ramai dari semasa ke semasa.

Malah, kalau diamati setiap gerai juga dipenuhi warga asing yang turut sama meluaskan perniagaan hasil pertanian mereka.

KATA ORANG 

KATA ANDA 

Wajarkah Cameron Highlands menjadi sumber pendapatan bagi orang tempatan sahaja.
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN