Kerajaan Negeri Pulau Pinang dicadangkan supaya mengenakan caj ke atas kenderaan yang bukan berdaftar di negeri ini bagi mengelakkan kesesakan.

Sumber: Sinar Harian

Adun Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee berkata, langkah itu bagi menggalakkan pengunjung ke negeri ini menggunakan pengangkutan awam sekali gus mengurangkan bilangan kenderaan yang memasuki negeri ini.

Menurut beliau, ketika ini, negeri ini dibanjiri lebih satu juta kenderaan berbanding hanya kira-kira 300,000 buah kenderaan 10 tahun lalu.

Sumber: Semakan Online

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan pengguna feri dari bahagian pulau iaitu Georgetown ke Butterworth turut dikenakan caj yang sama seperti dari Butterworth ke Georgetown.

Ketika ini, bayaran bagi perkhidmatan feri dalam kalangan pengguna terdiri daripada pejalan kaki; berbasikal; motosikal dan kereta hanya dikenakan sehala iaitu dari Butterworth ke Georgetown.

Pejalan kaki dewasa dikenakan caj sebanyak RM1.20; kanak-kanak bawah 12 tahun (60 sen); pengguna basikal (RM1.40); motosikal (RM2) manakala kereta pula RM7.70 bagi perjalanan sehala itu.

Tetapi adakah dengan mengenakan caj kepada setiap kenderaan dari luar Pualu Pinang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sedia ada?

 

Rakyat Bantah Cadangan Caj Ini

Rata-rata rakyat Malaysia membantah cadangan ini kerana ia buka cara yang paling efisyen untuk mengurangkan kesesakan jalan raya apatah lagi untuk mengalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam bila berkunjung ke negeri mutiara itu.

Sumber: Paul Tan

Ini kerana ada rakyat Pulau Pinang yangg membeli kenderaan berdaftar nombor plat negeri lain dan ada rakyat negeri lain yang bekerja di negeri itu yang mempunyai kenderaan berdaftar nombor plat negeri lain.

Cadangan ini sekiranya di laksanakan ia akan mengurangkan kedatangan rakyat dari negeri atau negara lain datang melancong atau bercuti ke negeri ini menyebabkan industri pelancongan akan merosot.

Sumber: zh.wikipedia.org

Mereka mahu kerajaan terlebih dahulu melaksanakan pengangkutan awam yang mencukupi hampir 80 peratus keseluruhan kawasan Pulau Pinang dan saling berhubung dan berkesan.

 

Statistik Kenderaan Berdaftar di Pulau Pinang

Berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, jumlah kenderaan terkumpul di negeri ini pada 2013 ialah 2,408,715 dan jumlah itu meningkat 3.8 peratus kepada 2,500,220 pada 2014.

Pada 2015 jumlah itu meningkat lagi sehingga 2,556,735.

Sumber: Twitter Harian Metro

Menurut statistik itu juga, pendaftaran baharu kenderaan bermotor pada Januari hingga September 2016 pula ialah 36,628 kenderaan dan daripada jumlah itu 25,353 adalah motosikal, 8,892 kereta, 74 bas, 87 teksi, 37 kereta sewa pandu sendiri, 1,770 kenderaan barang dan 415 lain-lain kenderaan.

Jika dilihat daripada jumlah kenderaan yang sentiasa bertambah sedangkan keluasan bandar raya ini tetap sama dan boleh dikatakan kecil jika dibandingkan bandar raya lain, maka sememangnya masalah kesesakan semakin sukar untuk diatasi.

Keadaan itu ditambah dengan struktur jalan di pusat bandar yang jika dilihat dengan mata kasar sukar untuk dibesarkan kerana kebanyakannya berada rapat dengan kaki lima bangunan.

 

Kepadatan Penduduk Pulau Pinang

Sumber: wanista.com

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2018 ialah:

Melayu: 42.25%
cina: 39.42%
India: 11.6%
Lain-Lain:
Bumiputra Bukan Melayu: 0.3%
Bukan Warganegara: 5.7%

Bayangkan penduduk yang melebihi 2 juta orang mempunyai kenderaan melebihi satu. Memang keadaan lalu lintas akan sentiasa sesak dan padat.

Rasanya kerajaan negeri perlu fikirkan alternatif lain untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri itu.

 

Pulau Pinang Tumpuan Pelancong

Pulau Pinang, terutamanya George Town, sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara sehinggakan pelancong yang memandu kenderaan sendiri pasti tidak terlepas daripada mengalami kesesakan lalu lintas.

Jumlah kenderaan yang sentiasa bertambah setiap tahun serta kemasukan kenderaan dari luar negeri ini pada musim cuti menambahkan lagi kesesakan jalan raya di pusat bandar serta kawasan tumpuan pelancong.

Sumber: Harian Metro

Bagi penduduk pulau, kesesakan lalu lintas bukan perkara baharu di bandar raya ini, terutama pada waktu puncak iaitu pada waktu orang ramai pergi dan pulang pejabat serta musim cuti persekolahan atau cuti hujung minggu yang panjang.

Antara jalan yang sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak ialah Jalan Sungai Pinang hingga ke Jalan Perak, Jalan Masjid Negeri, Jalan Air Hitam, Lebuhraya Lim Chong Eu membawa kepada Jambatan Pulau Pinang dan jalan menghala ke Bayan Lepas serta Balik Pulau.

Sumber: sobriyaacob.com

Pada musim cuti pula kesesakan lalu lintas merupakan perkara rutin di kawasan tumpuan pelancong seperti jalan ke Batu Ferringhi, Bukit Bendera dan Jalan Penang.

Menurut wikipedia, Pulau Pinang yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu tanah besar dan pulau mempunyai keluasan 653 kilometer persegi di Seberang Perai dan 293 kilometer persegi di bahagian pulau sedangkan jumlah terkumpul kenderaan di negeri ini meningkat setiap tahun.

 

Caj Kenderaan Pelancong Akan Bantutkan Ekonomi Pelancongan Pulau Pinang

Pulau Pinang terus cemerlang sebagai satu daripada negeri terkemuka di negara ini dari segi pelancongan dan industri itu juga telah menyumbang 40 peratus daripada ekonomi negeri secara keseluruhan pada tahun 2016.

Pulau Pinang telah lama menjadi destinasi pilihan di kalangan pelancong, baik tempatan mahupun antarabangsa.

Malahan pulau ini telah mencipta nama merentasi dunia, ia disenaraikan antara 10 destinasi terbaik di dunia untuk menikmati persaraan oleh majalah pelancongan terkenal Conde Nast Traveller.

Sumber: CARI Infonet

Dan tarikan penggunaan kereta kabel juga telah mencatatkan peningkatan ekoran bilangan pengunjung ke Bukit Bendera terus meningkat daripada hanya 200,000 pengunjung pada 2008 kepada lebih 1.6 juta pengunjung pada masa kini.

Dan kalau caj ini dikenakan, adakah pelancong tempatan akan datang dan merancakkan ekonomi pelancongan di negeri ini? Siapa akan datang, semua benda hendak dicaj.

Kerajaan boleh cari sumber pendapatan dengan cara lain, ini akan membantutkan kemasukan pelancong tempatan ke negeri itu.

Bayangkan jika menggunakan pengangkutan awam seperti bas. Jika ada ahli keluarga yang ramai, kos tambang bas atau kapal terbang akan mahal berbanding menggunakan kenderaan sendiri, boleh bajet berapa kos yang digunakan.

Tiket bas dari Kuala Lumpur untuk dewasa harga RM40 seorang, kalau ada lima orang dewasa bermakna RM200, kanak-kanak pula harga juga sama RM40, ini baru sehala.

Belum melibatkan kos penginapan hotel, makan dan minum lagi.

Kalau naik kenderaan sendiri isi minyak kereta untuk penuhkan tangki sebanyak 30 liter baru dengan harga minyak RON95 adalah RM2.20 seliter, RM66. Naik kereta Myvi boleh samapi Pulau pinang dan ada lebihan minyak lagi. Kalau kongsi lima orang dah jimat lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah kenderaan berdaftar luar Pulau Pinang dicaj setiap kali ke negeri itu?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN