Nampaknya usaha kerajaan negeri Selangor melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik bermula tahun 2017 kini diperluaskan lagi sehingga ke Wilayah Persekutuan.

Sumber:6adelima2017.blogspot.com

Sebelum ini, negeri itu melaksanakan hanya pada hari Sabtu sahaja, tetapi kini ia dilaksanakan setiap hari, tujuh hari seminggu, sepanjang tahun.

 

Wilayah Persekutuan Kenakan Caj 20 Sen 15 Mac Ini

Usaha itu nampaknya kini diperluaskan lagi di Wilayah Persekutuan. Dimana bermula 15 Mac depan sebanyak 20 sen akan dicaj untuk penggunaan beg plastik.

Sumber:coachhartanah.com

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata caj berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Ini bermaksud MESTECC membenarkan semua kerajaan negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenakan caj pencemaran sebanyak 20 sen kepada setiap beg plastik yang digunakan oleh pengguna semasa membeli-belah.

Tetapi mungkin ramai keliru, caj tersebut dikenakan kepada beg plastik biodegradasi manakala beg plastik konvensional yang biasa peniaga gunakan itu akan dikenakan tindakan penguatkuasaan sekiranya ada peniaga yang masih menggunakannya.

 

Didik Rakyat Lestari Alam Sekitar

Tindakan tersebut dikatakan untuk memberi kesedaran dan perubahan minda kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan warga Wilayah Persekutuan khususnya mengenai keperluan perbelanjaan kerajaan untuk membersihkan pencemaran sisa plastik.

Sumber:ipohecho.com.my

Selain itu, Menteri Wilayah berkata pendekatan tersebut diambil supaya dapat memberi kesedaran mengenai inisiatif hijau serta menjamin kelestarian alam sekitar.

Sejak penggunaan produk biodegradasi (mudah terurai) di Wilayah Persekutuan, peniaga dan penjaja telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan inisiatif hijau itu.

Tetapi kalau didik rakyat sahaja tidak ada guna selagi beg plastik masih digunakan oleh para peniaga, tidak kira beg plastik jenis apa sekalipun, perlu diharamkan.

Sumber:Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Ini tidak dijual pula dengan harga 20 sen satu plastik. Kalau barang banyak memang habis jugalah RM2 atau lebih apabila sesekali mereka keluar berbelanja, hanya semata-mata nak bayar harga beg plastik berkenaan.

 

Mahu Rakyat Galas Tanggungjawab Bersama

Kementerian Wilayah Persekutuan berharap semua warga Wilayah Persekutuan positif dan dapat berganding bahu menjayakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau Di Wilayah Persekutuan.

Sumber:Rasa

Membawa beg sendiri semasa membeli belah amatlah digalakkan dan lebih memudahkan. Begitu juga sekiranya ingin membungkus makanan di kedai-kedai makan juga amat digalakkan untuk membawa bekas sendiri.

Cadangan sebegitu mungkin boleh diterima, tetapi ia mungkin memerlukan persediaan yang lebih awal. Bayangkan kalau ada keluarga besar, ada yang kirim inilah, itulah maka si pembeli pasti memerlukan bekas yang banyak untuk membawa barang-barangan tersebut. Tetapi perkara ini boleh dipratikkan bermula dari sekarang.

Sumber:FeedMe Malaysia

Kita lihat sahaja keberkesanan larangan penggunaan straw plastik yang sehingga kini masih lagi diteruskan manakala penguatkuasaan sepenuhnya akan mula dilaksanakan pada Januari 2020.

Rakyat Dakwa Kerajaan Kaut Duit Tepi

Usaha kerajaan ini dilihat baik untuk rakyat menjadi lebih pembersih dan negara tiada sampah. Namun, ada antara mereka menyatakan ini salah satu langkah kerajaan hendak menjana keuntungan melalui penjualan beg plastik berkenaan.

Sumber: Kosmo Online

Kalau kerajaan bersungguh-sungguh nak bantu lestarikan alam sekitar, perlu haramkan penjualan beg plastik atau pengeluaran beg palstik ini. Sepatutnya ada kesungguhan yang lebih tegas oleh pihak kerajaan dalam memberi kesedaran kepada rakyat.

Untung RM120 Juta Setahun

Berapa keuntungan beg plastik yang dijual pada rakyat ini? Sebelum ini pernah dilaporkan media ada pasaraya mendapat keuntungan konservatif RM120 juta setahun meliputi semua pasar raya di seluruh negara terutama di Selangor yang dilihat mendapat keuntungan sehingga 70 peratus daripada hasil jualan beg plastik dengan caj 20 sen.

Sedangkan kos setiap beg plastik adalah sebanyak 3 sen sahaja, namun rakyat dipaksa membayar pada kadar 20 sen satu beg plastik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah caj beg plastik ini dikenakan di Wilayah Persekutuan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN