Seperti yang kita tahu, hak mengundi dalam pilihan raya merupakan perkara utama yang perlu diberi perharian serius oleh kerajaan dan juga badan-badan terlibat yang mengendalikan proses pilihan raya.

Jika lihat dahulu, hak mengundi minima ditetapkan kepada 21 tahun ke atas tetapi kini kerajaan sudah menurunkan had umur pengundi kepada 18 tahun.

Mungkin ramai yang berpendapat langkah kerajaan menurunkan had umur tersebut tidak wajar kerana ramai yang beranggapan golongan muda sebegini dilihat masih belum matang dan tidak berminat dengan politik.

Namun, tanggapan yang dilontarkan itu dilihat tidak relevan bagi golongan muda pada masa kini kerana pastinya ramai di antara mereka sudah matang dan banyak terdedah dengan situasi semasa yang mana mereka ini antara golongan yang paling aktif menggunakan media sosial.

Dari situ, mereka sudah mulai terdedah dengan keadaaan politik semasa dan sudah pastinya dengan kecanggihan alat elektronik dan persekitaran moden mampu mempengaruhi pemikiran golongan muda sekaligus menjadikan mereka kumpulan sasaran yang matang berfikir dan lebih bermaklumat.

 

Adakah Umur 18 Tahun Boleh Buat Keputusan?

Sumber: Astro Awani

Tanggapan bahawa golongan muda berumur 18 tahun tidak boleh membuat keputusan yang bijaksana tidak boleh diterima sama sekali kerana jika dilihat kembali, golongan muda pada masa kini rata-ratanya sudah matang dan kadangkala lebih ‘advance’ berbanding dengan orang lama.

Mereka sememangnya pintar dengan penggunaan teknologi semasa dan pastinya mampu berfikir dengan matang dalam membuat sesuatu keputusan.

Tetapi, golongan muda seperti ini harus diberi pendedahan tentang situasi politik semasa sejak di bangku persekolahan supaya apabila mereka sudah dewasa, mereka boleh berfikir dengan matang.

Sebab itulah, mata pelajaran Sejarah mulai diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah supaya mereka tahu perkembangan Sejarah dan politik semasa sejak awal kemerdekaan sehingga kini.

Bukan itu saja, golongan muda yang berumur 18 tahun pada masa kini juga sudah boleh membuat lesen memandu, lesen perniagaan, menyertai pasukan keselamatan mahupun menandatangani apa-apa kontrak dan perjanjian serta dianggap dewasa untuk berkahwin.

Tidak semua golongan muda boleh dilabel sebagai tidak matang mahupun bermasalah hanya disebabkan permasalahan kes remaja masa kini seperti yang sering dilaporkan dalam akhbar mahupun di kaca televisyen.

Ramai saja golongan muda yang berjaya mengharumkan nama negara malah menceburi banyak pertandingan seperti debat atau ‘public speaking’ yang dianjurkan di sekolah kerana perkara sebegitu mampu membuka mata serta minda mereka tentang keadaan semasa.

 

Mengapa Perlu Turun Had Umur 18 Tahun? Kepentingan Kepada Siapa?

Sumber: TODAY Online

Memetik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau bersetuju dengan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun di mana golongan muda pada kini dilihat sebagai golongan yang bermaklumat dan mampu membuat keputusan yang bijak mengenai kepentingan masa depan negara.

Jika kita lihat kembali kepada apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pengundi muda yang rata-ratanya berumur dalam lingkungan bawah 39 tahun mencatatkan golongan yang paling ramai turun mengundi berbanding pengundi ‘orang lama’.

Tanggapan yang menyatakan pengundi muda malas untuk keluar mengundi tidak tepat sekali kerana perubahan yang berlaku pada PRU-14 yang lalu adalah dibuat oleh pengundi muda sendiri yang mana ramai di antara mereka mahukan suatu perubahan demi masa depan mereka.

Sumber: Trends Map

Malah, lebih 100 negara lain seperti Kanada, Amerika Syarikat, Denmark, Jerman, Australia dan beberapa negara besar yang lain turut sama menetapkan 18 tahun sebagai usia minimum untuk mengundi.

Jadi, tidak mustahil sekiranya hak mengundi turut sama diberi kepada anak muda yang berumur 18 tahun sepertimana yang diberi kepada individu lain kerana mereka juga perlu diberi peluang untuk menyuarakan pendapat malah penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun juga dilihat wajar.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Adakah anda setuju dengan cadangan untuk menurunkan kelayakan umur mengundi kepada 18 tahun?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN