Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Sumber: New Straits Times

Timbalan Menterinya Muhammad Bakhtiar Wan Chik dipetik berkata, cadangan itu akan membahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri berkenaan berbeza antara satu sama lain.

Katanya lagi, berbanding cuti sekolah selama seminggu untuk seluruh negara, kita boleh mengagihkan musim cuti selama tiga minggu.

Pihak kementerian juga sedang mengumpul data dari pihak hotel dan pengusaha sektor pelancongan sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan.

Cuti ini melibatkan cuti yang biasa diberikan pada bulan Mac, Jun dan September sahaja.

Cadangan Untuk Cuti Pendek Sahaja

Cuti yang dicadangkan itu tidak termasuk cuti akhir tahun yang lebih panjang. Ia melibatkan cuti-cuti dalam bulan-bulan tertentu sahaja.

Sumber: Dreamstime

Bagaimanapun, pihak Kementerian Pelancongan sedang menyiapkan laporan untuk melaksanakan cadangan itu dan sedang mengumpul data.

Seperti yang diketahui umum, antara tempat tumpuan pelancong ketika musim cuti sekolah adalah Cameron Highlands. Ia mengakibatkan jalan ke sana sesak dan mengambil masa berjam-jam untuk sampai.
Negeri lain juga dikatakan mengalami kesesakan yang teruk, misalnya di Melaka, Pulau Pinang, Langkawi dan lain-lain tempat menarik.

Cadangan cuti berperingkat ini disyorkan oleh menteri bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk di musim cuti persekolahan pendek.

 

Reaksi Berbeza Terhadap Cuti Sekolah Berperingkat

Cadangan itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai, dimana mereka merasakan tidak sesuai dibuat cuti secara berperingkat kerana ia mendatangkan keadaan yang berbeza kelak.

Pengusaha industri pelancongan Langkawi memberi sambutan dingin terhadap cadangan tersebut.

Sumber: Booking.com

Timbalan Presiden Persatuan NiagaKawi, Datuk Alexander Isaac berkata cadangan itu tidak sesuai untuk dilaksanakan kerana ia akan menjejaskan rancangan keluarga atau saudara-mara yang tinggal di negeri berlainan untuk menghabiskan percutian bersama-sama.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) Zainudin Kadir juga tidak bersetuju dengan cadangan itu, dengan berkata sistem cuti persekolahan sekarang tidak harus dipersalahkan bagi kesesakan di kawasan pelancongan.

Selain itu, Presiden Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi Ahmad Phisol Ishak berkata cadangan cuti sekolah secara berperingkat tidak harus dilaksanakan sebagai penyelesaian untuk semua.

Beliau berkata, kesesakan di tempat pelancongan bukan masalah sebenar yang dihadapi industri yang masih berusaha menarik lebih ramai pelancong sama ada dalam atau luar negara.

Yang Dipertua Majlis Pengetua Pahang Mohd Ariffin Ab Rahman di Kuantan pula berkata, jika dilaksanakan cuti ini ia bakal menimbulkan masalah kepada murid dan warga pendidik itu sendiri.

Sumber: Genius Kids Zone

Contohnya jika anggota keluarga bertugas di negeri berlainan, mereka sukar menyelaraskan cuti dengan baik untuk bersama keluarga atau mengatur sesuatu program

Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Razali Mustafa pula menarik perhatian tentang kesukaran menganjurkan acara seperti kejohanan sukan peringkat kebangsaan jika cuti sekolah tidak sama.

Di George Town, guru Siti Fatimah Mohamad Anwar, yang tidak bersetuju dengan cadangan itu, berkata ia akan mengganggu proses pembelajaran umpamanya dari segi keperluan memenuhi silibus sebelum peperiksaan.

Disebalik ramai yang tidak bersetuju, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, berkata, cadangan mengadakan cuti sekolah secara berperingkat merupakan satu pelaksanaan yang baik, namun cadangan tersebut perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan.

Beliau meminta semua kementerian yang terlibat perjelaskan tentang pelaksanaannya.

 

Kos Melancong Juga Akan Meningkat

Jika cadangan itu dilaksanakan kos untuk melancong juga dijangka akan menjadi lebih mahal kerana pengusaha yang berkaitan dengan industri pelancongan akan menaikkan harga sepanjang masa berbanding secara bermusim seperti dilaksanakan sekarang.

Sebagai contoh sekarang harga kapal terbang hanya akan naik semasa musim cuti sekolah, dan jika cadangan itu dilaksanakan, harga tiket akan naik setiap bulan disebabkan setiap negeri akan bercuti secara berperingkat.

Keadaan ini akan menjadikan kos pengangkutan udara semakin mahal kerana syarikat penerbangan akan mengambil kesempatan menaikkan harga atas alasan permintaan tinggi.

Ahli keluarga tidak dapat bersama semasa cuti sekolah

Musim cuti sekolah dan majlis kenduri perkahwinan cukup sinonim, bila tiba sahaja cuti persekolahan pasti ada sahaja kad undangan perkahwinan yang diterima.

Sumber: Malaysia Travel

Bukan sekadar meraikan pengantin baharu, majlis undangan perkahwinan juga menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara sanak saudara dan masyarakat setempat.

Dan jika cuti sekolah ini tidak seragam antara negeri akan menyukarkan penganjuran acara seperti kenduri kahwin atau majlis keraian lain bagi membolehkan keluarga dan sahabat hadir bersama.

Dan ia juga menjadi kekangan kepada pasangan guru berkahwin yang tinggal berjauhan untuk bercuti bersama.

Hanya musim cuti sekolah sahaja keluarga akan merancang untuk bercuti bersama- sama. Kerana inilah masa terbaik untuk ahli keluarga berkumpul.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda setuju cuti sekolah berperingkat antara negeri dilaksanakan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN