Macam-macam jenis hiburan danย cabaranย sekarang ini yang tular di media sosialย ย sehingga menjadi ikutanย dalam kalangan anak-anak muda.ย
Belum lagi habis dengan cabaran #10yearschallenge, #kekechallenge, #ramenchallenge dan yang terbaru cabaran yang kurang senang dikalangan netizen iaitu #janganbayar challenge.
Cabaran ini mendapat kritikan yang hebat daripada warganet yang tidak setuju ia dilakukan di Malaysia kerana ia diklasifikasikan sebagai mencuri dan satu jenayah.
ย
Dicop Cabaran Sampahย
Cabaran itu dilakukan oleh dua sahabat yang dimuatnaik pengguna instagram dengan nama @zairulgriezmann.
Rata-rata warganet marah dengan tindakan tersebut yang dilihat sebagai tindakan tidak masuk akal dan diibaratkan sebagai sampah. Malah video tersebut dikatakan “bodoh dan hambar”.
Sekarang ini apa-apa cabaran pun akan menjadi trend anak-anak muda zaman sekarang. Tak lupa juga pada golongan yang berusia juga sudah mengikuti trend-trend yang ada di media sosial.
Benda-benda sebegini akan menjerumus anak-anak muda kepada trend yang tidak bagus dan cabaran-cabaran yang lebih bermanfaat perlu lebih diketengahkan.
ย
Sudah Bayar Sebelum Rakaman
Nama sebenar pengguna instagram itu ialah Mohd Zairul Hafizi Khalis, yang berkata, adegan tersebut dilakonkan semula. Makanan dan minuman itu sudah dibayar terlebih dahulu sebelum adegan itu dirakamkan dan dimuatnaik di instagram miliknya.
Jelasnya, itu hanya sekadar hiburan kerana dia dan sahabtanya itu sudah berbincang dengan pekerja di kedai berkenaan untuk berlakon dan ia dipersetujui untuk dilakukan.
Dia sudah minta izin dengan semua yang terlibat dalam video itu dan semua sudah tahu makanan atau minuman akan dilarikan dengan cabaran #janganbayarchallenge.
Silapnya, mereka tidak menunjukkan video disebalik takbir supaya tidak mengundang kecaman warganet.
Tetapi cabaran ini tidak sepatutnya dibuat. Sebab apa? Nanti ramai yang akan larikan minuman dan makanan kerana cabaran yang bodoh ini.
ย
Perli Orang Miskin?
Susulan video berkenaan, seorang warganet memberi maklum balas terhadap cabaran tersebut dengan menggunakan kapsyen yang menyentuh perasaan.
Dia menggambarkan seorang ayah dipenjara kerana mencuri makanan untuk diberikan kepada anak-anaknya yang kelaparan. Tetapi instafamous sanggup membuat cabaran bodoh sebagai hiburan dan tidak ada rasa malu.
Mencuri adalah berdosa tetapi instafamous itu didakwa bangga dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka.
Bagaimana dengan mereka yang betul-betul lapar dan terpaksa mencuri makanan? Tidakkah ini seolah-olah memerli mereka yang kelaparan?
Mencari hiburan perlulah pakai otak. Jangan fikirkan apa risiko di kemudian hari.
ย
Sudah Minta Maafย
Nampaknya, ini juga sudah menjadi trend, buat sesuatu yang mendapat kecaman dan kemudian mohon maaf kepada semua orang. Sebelum buat tak fikir pula kan?
Itulah juga perkara sama dilakukan Mohd Zairul dan rakanya, Muhammad Muizzuddin Abdul Mutalib. Mereka sudah memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan video berkenaan.
Mereka menerima segala teguran yang diberikan dan mereka juga sedar mereka telah membuka ruang untuk mendapat kecaman.
Selepas ini mereka akan lebih berhati-hati dan menghasilkan video yang boleh diterima masyarakat di negara ini.
Semua orang pun buat salah dan diharap video yang dihasilkan lebih kepada perkara berfaedah.
ย
ย
ย
KATA ORANG
Hari2 ada je benda bodoh orang buat contohnya jangan bayar challenge. Unnaceptable behavior, not a challenge, can be considered crime, rude, stupid, and which fucker started it?
— Rectangle (@bitternuzz) February 16, 2019
And that JANGAN BAYAR voice. Why do I imagine it as when satan told you to do evil things.
— ๐ (@heycak) February 19, 2019
Good morning! Since I saw one video about this tak bayar challenge or jangan bayar challenge (?). I want to ask you. Do you think as influencer (bcs u hv many followers who lookup to u) itโs okay to do irresponsible behaviour or do u think u want use it to bring good to others?
— Rakyat: Lina (@twt_malaysia) February 18, 2019
I came across this stupid new challenge "Jangan Bayar". I wonder who came up with this dumbshit! I mean like a poor man stole from a shop to provide food for his children and wife and ends up in jail and then there's these scumbags who comes up with stupid challenges as that!
— Rea Andrea (@_ndrea096_) February 18, 2019