Kebelakangan ini kita melihat masyarakat kita semakin terbuka menceritakan keburukkan pasangan masing-masing selepas bercerai. Malah ada yang ‘menjaja’ keburukkan pasangan masing-masing di media sosial.

Sumber:pasawahan.pwkdev.club

Sudah menjadi trend apabila masing-masing berselisih faham, bergaduh atau tidak puas hati dengan pasangan mulalah nak kutuk suami atau isteri di Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Sumber:gaya.tempo.co

Biasanya yang akan melakukan perkara seperti itu kebanyakkannya perempuan, dimana perempuan memang dicipta dengan hati yang lembut dan beremosi. Apabila hati tengah marah dengan pasangan, mereka tidak akan berfikir panjang untuk membuka pekung suami sendiri.

Tetapi kini juga ia berlaku kepada suami atau lelaki. Mereka ini juga tidak terlepas membuka aib isteri mereka. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini? Sudah tidak malu buka aib masing-masing?

“Lebih Bahagia Selepas Bercerai”-A.Aida

Tidak sampai setahun usia perkahwinan seorang penerbit drama yang kontroversi, A.Aida akhirnya meluahkan rasa lebih tenang dan bahagia selepas bercerai dengan bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Ariff Aziz.

Sumber:Astro Gempak

A. Aida semasa diijabkabulkan dengan Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 berhajat mengadakan resepsi perkahwinan pada tarikh hari lahirnya yang ke 48 tahun, jatuh pada 20 April lalu.

Namun sayang sekali, April yang diharapkan membawa bahagia rupa-rupanya mengundang duka apabila mereka memilih untuk berpisah yang dilafazkan pada 25 April iaitu lima hari selepas menginjak setahun lagi usianya itu.

Sumber:Kosmo

Walaupun sedih kerana terpaksa memikul gelaran janda buat kali keempat, namun jujurnya kata A. Aida dia amat gembira kerana hajatnya untuk bercerai dimakbulkan Allah.

Adakah selama perkahwinan itu hidupnya terseksa? Hanya dia yang lebih mengetahuinya.

“Peluang Kedua, Nak Muntah”-Ariff Aziz

Dalam satu muatnaik melalui Insta Stories di Instagram, Ariff menyertakan gambar dan video yang mengesahkan dirinya tidak ada niat langsung untuk memperbaiki hubungan mereka.

Sumber:RotiKaya

Riak mukanya itu dilihat seolah-olah memandang sinis cakap-cakap mengatakan mereka akan merujuk semula setelah bercerai secara baik pada 25 April lalu.

A Aida memfailkan permohonan cerai pada 4 April lalu, sebelum disahkan berpisah pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Dalam satu kenyataan A. Aida juga menegaskan bahawa tiada lagi peluang kedua untuk bekas suami jika dia ingin merujuk kembali.

Suami Buka ‘Poll” Tanya Netizen Bercerai Atau Tidak

Terbaru, kecoh di media sosial berhubung kemelut rumahtangga pelakon Nadya Syahera apabila suaminya, Fizul Nawi bertanya pendapat netizen menerusi ‘poll’ di media sosial tentang keputusan masa depan rumah tangga mereka.

Sumber:Harian Metro

Nadya berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar suaminya itu berbuat demikian, meskipun beranggapan dia sedang diselubungi rasa marah.

Difahamkan suaminya itiu tidak pernah menyatakan hasrat untuk bercerai, namun tindakan itu telah mengejutnya dan memberi tanda-tanda yang suaminya itu mahu bercerai.

Sumber:MHE TV

Pergolakan rumah tangga melanda pasangan itu kerana didakwa angkara kehadiran orang ketiga iaitu adik kepada pengasas kosmetik terkenal.

Sejauh mana kesahihan cerita ini pun kita tidak tahu, hanya mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya.

Membuka Aib Pasangan, Apa Hukumnya?

Hari ini kita didedahkan pelbagai kaedah untuk bersosial termasuklah Facebook, Twitter dan sebagainya. Islam tidak pernah sama sekali melarang umatnya daripada bersosial, bahkan ia digalakkan kerana mampu mengeratkan silaturahim sesama insan.

Tetapi harus diingat, cara kita bersosial mestilah menepati kehendak syariat Islam antaranya memelihara segala jenis penyampaian termasuklah tutur kata.

Sehubungan itu, menggunakan kata-kata kesat dalam laman sosial seperti mencarut, menghina dan sebagainya adalah diharamkan oleh Islam.

Malahan, menyindir seseorang dalam laman sosial adalah haram kerana ia termasuk dalam perbuatan menghina dengan kata-kata atau perbuatan. Selain itu, kita juga akan turut tergolong dalam kategori mereka yang menyebarkan fitnah.

Lebih berat lagi, perbuatan menyindir di laman sosial akan mendatangkan kemudaratan lebih besar terhadap perpaduan manusia secara umum dan umat Islam secara khususnya.

Atas dasar itu, ulama seperti al-Qurtubi menegaskan, larangan itu bersifat umum meliputi semua pihak sama ada Muslim atau kafir.

Kita jaga aib orang, Allah tutup aib kita.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah trend masa kini bagi pasangan yang bercerai buka aib masing-masing?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN