Bagi kebanyakan orang, burger kebiasaannya sinonim dengan makanan berdaging seperti daging lembu, kambing, ayam, udang dan juga telur. Tetapi ramai yang tidak menyangka telah wujud burger yang berasaskan buahan. Terbaru, burger buah nangka telah berjaya dihasilkan oleh sebuah universiti tempatan.
Kajian UIA
Kajian tersebut dilakukan oleh penyelidik-penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak dari tahun 2013 bagi menyelesaikan masalah lambakan nangka di negeri Pahang. Bagi pakar penyelidik UIAM, Pensyarah Kanan, Dr Ibrahim Abu Bakar berkata, inovasi tersebut dilakukan dengan mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Inovasi tersebut turut tercetus selepas wujudnya kajian mengenai bahaya makanan segera seperti nuget, sosej dan burger yang menyebabkan kanser. Atas faktor keinginan dan mengambil kira makanan yang digemari rakyat Malaysia, maka burger menjadi pilihan sebagai produk penghasilan.
70 Peratus Buah Nangka
Beliau berkata, penghasilan kepingan burger ini menggunakan nisbah 70 peratus buah nangka muda dan 30 peratus bahan lain seperti cendawan, ayam atau daging lembu bagi memberi pilihan kepada peminat burger. Nangka muda mempunyai ciri fizikal yang hampir serupa seperti daging , mengandungi serat dan air yang tinggi serta rendah lemak.
Selain mempunyai jumlah protein yang tinggi, nangka turut mengandungi Vitaman A dan C, kalium, kalsium dan besi yang berkaitan dengan pencegahan penyakit. Malah, nangka juga merupakan makanan serba boleh.
Dikeluarkan Biotrampil PLT
Burger buah nangka yang berjaya dihasilkan telah dikeluarkan oleh perusahan Biotrampil PLT yang menjadi pemilik lesen tunggal bagi mengkomersial dan memasarkan produk unik tersebut. Produk tersebut telah dinamakan Jack O.
Produk Jack O telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mendapat kelulusan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Penghasilan burger nangka mampu menjadi satu alternatif bagi menggantikan burger ayam dan daging.
Burger yang dihasilkan sangat sihat dan boleh membantu kanak-kanak yang sering mengambil burger sebagai makanan ketika disekolah bagi menggantikan burger dan sosej. Malah, sekiranya pelajar sekolah makan sebiji burger nangka, mereka boleh kenyang dari pagi sehingga tengah hari.
Ketika ini, produk Jack O memasuki pasaran-pasaran universiti tempatan seperti Kolej Antarabangsa (KFCH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagi perancangan akan datang, Jack O akan berada di beberapa kafe di ibu negara seperti little cottage Jalan Pudu.
Memenangi Anugerah
Produk tersebut turut memenangi beberapa Pingat Emas dalam Pameran Teknologi Invention, Inovasi & Teknologi (ITEX) pada tahun 2013 dan Malaysian Teknologi Expo 2019. Ketika ini, penyelidik UIA sedang mencari formula patty burger yang akan disesuaikan dengan citarasa masyarakat Jepun.
Sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia memilih makanan alternatif seperti burger nangka bagi memastikan mereka mendapat khasiat makanan yang secukupnya serta mengurangkan kolestrol dalam badan.
KATA ORANG
Just saw a recipe for jackfruit burger. Wonder how that tastes... meanwhile i only know nangka muda masak lemak, and just recently discovered vietnames jackfruit salad
— Farisa Zaffa (@farisazaffa) November 4, 2018
Malaysian wouldn’t approve their burger .... wtf burger nangka ngn burger kacang hitam .. smh 🤦🏻♂️ 🤦🏻♀️ pic.twitter.com/hg3hrVlYIt
— axr (@thexiadrahman) July 18, 2018
Burger made from nangka. It's supposed to taste like pulled pork. Made by Soh. https://t.co/9kNmxtg6v0
— Baba Pepper Lim (@pepperlim) June 28, 2018