Sumber: Siakap Keli

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kes pembunuhan kejam yang menyayat hati.

Seorang wanita Melayu berusia 27 tahun, bersama anak lelakinya  11 tahun didapati mati dalam keadaan mengerikan dengan mayat mangsa dikerat lapan bahagian.

Mayat Sudah Mati Lebih 5 Hari

Memetik laporan Harian Metro, kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Kadang, Krubong Melaka selepas seorang pekerja syarikat pembersihan yang sedang melakukan kerja-kerja memotong rumput terlihat jumpaan kaki manusia dalam keadaan berulat berhampiran kawasan semak.

Pihak polis telah menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut daripada orang awam sekitar jam 4.30 petang. Berdasarkan laporan pegawai forensik, lapan bahagian mayat mangsa telah dicampak ke kawasan semak sejak lima hari yang lalu.

Namun begitu beberapa anggota badan yang lain seperti bahagian kepala dan mayat tidak berjaya ditemui di lokasi kejadian.

Sumber: Harian Metro

Suami Mangsa Dipercayai Salah Seorang Suspek

Susulan itu, polis telah menahan seorang warga Singapura yang juga merupakan suami mangsa bagi membantu siasatan.

Ini memandangkan belum ada suspek lain yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan. Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim, suspek berjaya ditahan dengan kerjasama polis Singapura.

Siasatan awal mendapati mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke kawasan semak. Berdasarkan hasil risikan yang dilakukan, mangsa dipercayai dibunuh di rumah teres dua tingkat milik mereka di Taman Merdeka Jaya, susulan penemuan kesan darah di bilik bawah kediaman.

Sumber: Facebook

Maklumat Dari Jiran Dan Polis Penyiasat Bercanggah

Menurut jiran mangsa (yang tidak ingin dikenali), sejak mendiami rumah dua tingkat hampir dua tahun lalu, dia tidak pernah mendengar pasangan suami isteri itu bergaduh. Malah kali terakhir menemui suami mangsa adalah pada minggu lalu, dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya menegur seperti biasa.

Dalam masa yang sama beliau memaklumkan bahawa pasangan itu dan tiga anaknya jarang balik ke Melaka kerana suaminya bekerja di Singapura. Mereka hanya pulang tidak sampai 10 kali dalam sebulan.

Namun begitu, berdasarkan tangkap layar yang tersebar di artikel oh my media pasukan penyiasat mendedahkan bahawa suspek mengaku bertengkar dengan mangsa pada Ahad lalu berkenaan masalah hubungan keluarga dengan keluarga mertua.

Sumber: Harian Metro

Pada awalnya suspek masih mampu bersabar. Namun tatkala mangsa mula meminta cerai ia menyebabkan suspek bertindak di luar kawalan dengan menikam mangsa sehingga mati dan memenggal kepala. Anak yang berusia 10 tahun yang menyaksikan kejadian tersebut turut dibunuh.

Meskipun begitu, orang ramai perlu merujuk kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan sebarang maklumat dengan lebih jelas. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa yang anda dapat pelajari di sebalik kes pembunuhan kejam seperti ini?
30 votes · 30 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN