Heboh di media massa dan elektronik apabila misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September 2018 terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau di Pulau Pinang.

Mangsa dipercayai dibunuh anak kandungnya sendiri pada hari wanita itu hilang sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.

Suspek itu telah berjaya ditangkap pihak polis pada 25 September 2018, berdasarkan siasatan awal polis, suspek berusia 29 tahun itu mengaku membunuh ibunya ketika sedang bertengkar dengan mangsa di rumah mereka awal pagi Isnin sebelum menikam leher warga emas itu dengan pisau seterusnya mengelar leher si mati.

Sumber: Kosmo

Sumber: Explorasa

Sumber: Utusan

 

 

 

 

 

Suspek kemudiannya terus menolak lubang kumbahan najis yang terdapat di belakang rumah sebelum membuang ibunya ke dalam kumbahan najis yang bertutup sedalam 1.5 meter.

Adik suspek memberitahu polis, suspek dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol.

Kisah ini sangat tragis dan memilukan rakyat Malaysia. Bagaimana seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri?

Sumber: Hj Che Dan

Sumber: Belindarinn

Sumber: Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas

Tetapi kes pembunuhan melibatkan ahli keluarga sendiri bukan lagi kes janggal di Malaysia. Banyak kes yang melibatkan bapa bunuh anak kandung, ibu bunuh anak ketika berpantang, adik bunuh abang, pakcik bunuh makcik, cucu bunuh nenek, macam-macam la. Kadang-kadang perkara begini menakutkan.

Kalau tidak membunuh, ada pula kes datuk rogol cucu kandung, bapa saudara liwat anak saudara dan sebagainya.

 

Punca Berlaku Pembunuhan

Kejadian membunuh ahli keluarga sendiri atau ‘familicide’ kebanyakkannya berpunca daripada gangguan emosi yang tidak terkawal atau tidak dirancang.

Sumber: Pinterest

Ada yang melakukan pembunuhan dalam keadaan normal dan mereka hanya melakukan tikaman didada atau bahagian tubuh yang menyebabkan kematian.

Boleh dikatakan pembunuhan melibatkan ahli keluarga ini berpunca dari bahana menggunakan dadah. Kebiasaannya penagih dadah melakukan perkara diluar kawalan apabila dos dadah berkurangan dalam badan.

Simptom ‘withdrawal’ yang dihadapi ini membuatkan mereka gelisah, tidak tenang dan berlaku perubahan emosi.

Sumber: Shutterstock

Kekangan wang untuk membeli dadah biasanya penyebab mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh ahli keluarga jika permintaan mereka tidak dituruti.

Penagih dadah ini tidak boleh berfikir secara waras dan mereka ini boleh mengancam keselamatan.

 

Ada Cara Kawal Emosi Penagih Dadah?

Sebenarnya apabila ada ahli keluarga kita mengambil dadah, kita akan pinggirkan mereka, sisihkan mereka sebab jijik dengan orang yang ambil dadah walaupun itu keluarga kita sendiri.

Mungkin mereka yang ambil dadah ini ada masalah yang tidak diberitahu ahli keluarga, pedam perasaan itu sehingga terpaksa mengambil najis dadah ini.

Menurut Ketua Program Psikologi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Nor Ba’yah Abdul Kadir, hubungan kekeluargaan yang renggang antara faktor berlakunya perkara tersebut.

Sumber: Deposit Photos

Mereka ini akan berfikiran negatif apabila disisihkan oleh ahli keluarga mereka sendiri, tidak mampu mengawal perasaan sehingga bermusuh dengan keluarga sendiri.

Selain itu, puncanya juga psikologi dan ekonomi. Mereka ini sebenarnya perlu didekati dan psikologi mereka selalu agar perasaan marah, emosi terganggu dapat dikawal dan mereka akan lebih sayang pada keluarga.

Jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah yang berlebihan, jangan sisihkan mereka. Kenal pasti apa masalah yang dihadapi mereka dan bantu mereka untuk menyelesaikannya.

Kita juga boleh membantu dengan membawa mereka berjumpa pakar di pusat pemulihan. Kita tidak boleh berdiam diri dengan keadaan mereka ini kerana boleh mengancam keselamatan.

Bak kata pepatah “sayang anak, tangan-tangankan”.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Wajarkah penagih dadah perlu diberi hukuman sampai mati?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN