Bulan Ramadan kita bukan disuruh hanya untuk menahan diri dari makan dan minum tetapi menahan diri dari segala perkara buruk terutamanya pembaziran yang sering berlaku pada bulan puasa ini.

Pada bulan ini, kebanyakan orang bukan menjadikan sebagai bulan untuk mencari pahala sebaliknya sering dijadikan sebagai bulan berbelanja, sama ada membeli-belah di bazar untuk berbuka ataupun persiapan perayaan yang sering disambut dengan gilang-gemilang.

Sumber : Utusan Online

Kadangkala dalam keghairahan mengikut nafsu menyediakan persiapan itu, kita terlupa bahawa kita telah melakukan pembaziran. Setiap tahun pada bulan yang berkat ini, kita dapat lihat masalah pembaziran makanan sering berlaku.

 

Negara Lain Kebulur, Malaysia Membazir

Gambar Sekadar Hiasan

Tahukah anda Statistik Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO) menunjukkan lebih 21,000 orang meninggal dunia setiap hari akibat kebuluran dan kelaparan dan 795 juta orang atau 10 peratus daripada penduduk dunia menghadapi masalah kekurangan zat.

Tetapi di Malaysia, 200 kilogram (secara purata) makanan dibazirkan setiap hari.

Menerusi kajian daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp), Malaysia membuang lebih 15,000 metrik tan (mt) makanan setiap hari manakala lebih 3,000 mt terdiri daripada makanan yang masih boleh dimakan.

 

Membeli Mengikut Nafsu

Sebab utama yang menyebabkan berlaku pembaziran ialah orang ramai membeli juadah melebihi daripada keperluan.

Dorongan nafsu untuk membeli lebih juadah sentiasa membuak-buak dalam kalangan pengguna terutama di bazar Ramadan kerana rasa lapar yang mereka rasai ketika itu.

Mereka rasa mampu untuk menghabiskannya tetapi apabila berbuka hanya makan sedikit.
Antara faktor lain berlakunya pembaziran makanan di bulan puasa termasuk hidangan bufet di hotel-hotel yang dianggarkan 50 peratus daripadanya dibuang begitu sahaja walaupun pelanggan membayar dengan harga yang tinggi.

Gambar Sekadar Hiasan

Tabiat manusia yang sering mengambil makanan secara berlebihan dan memenuhi pinggan juga adalah salah satu sebab berlakunya pembaziran.

Dalam keadaan biasa, kita akan membelanjakan antara RM10 hingga RM20 namun untuk bufet Ramadan sanggup membayar sehingga RM100 seorang.

Tiada keperluan untuk membazir duit ketika lebih-lebih lagi ketika berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Sepatutnya, jika anda mempunyai lebihan wang, lebih baik sekiranya kita salurkan kepada mana-mana kumpulan atau pertubuhan bukan kerajaan untuk diinfaqkan kepada anak yatim dan golongan memerlukan.

Gambar Sekadar Hiasan

 

Inisiatif Elak Pembaziran Makanan di Bulan Ramadan

Bagi menguranglam pembaziran makanan di bazar ramadan, Jaringan Antarabangsa, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan kempen [email protected] 2019.

Sumber: MySaveFood

Timbalan Pengarah Program ini, Aniadila Kamaruddin berkata program ini bertujuan menyelamatkan makanan yang tidak terjual di bazar dan disalurkan kepada keluarga kurang berkemampuan.

Melalui kempen ini, beberapa panduan disediakan untuk pembeli dan peniaga bagi mengelak pembaziran makanan berlaku seperti merancang penyediaan makanan, menyediakan makanan yang berkualiti serta selamat.

Selain itu, ia juga untuk meningkatkan kesedaran awam dan juga peniaga mengenai pembaziran makanan yang berlaku terutama pada bulan puasa.

 

Banyak Pembaziran Lain Jika ke Bazar Ramadan

Jangan kita ingat, bila ke bazar Ramadan akan berlaku pembaziran makanan sahaja tetapi pelbagai pembaziran lain lagi turut kita lakukan tanpa kita sedar.

Antaranya pembaziran wang, pembaziran masa, pembaziran tenaga dan pahala.
Apabila makanan yang banyak kita beli tidak termakan secara tidak langsung kita telah membazirkan wang kita untuk membelinya. Lebih-lebih lagi harga yang mencekik darah sekarang ini.

Sumber : PKNS

Ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan.Kadang-kadang kita meluangkan masa sehingga sejam atau dua jam berjalan-jalan di Bazar Ramadhan bagi mencari makanan untuk berbuka puasa. Kadang-kadang sudah dua pusingan berjalan, masih belum berjumpa lagi dengan juadah yang berkenan di hati.

Hasil dari pembaziran masa, berlakulah juga pembaziran tenaga. Disebabkan masa yang diluangkan untuk berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga dibazirkan di situ. Badan mudah menjadi letih dan ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada ibadah yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam.

Gambar Sekadar Hiasan

Seperti yang kita ketahui, Bazar Ramadhan selalu dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum. Cabaran untuk menjaga pandangan mata amat tinggi, terutama buat lelaki muslim. Memang lumrah dan fitrah lelaki suka melihat wajah dan susuk wanita.

Jika gagal menjaga pandangan mata, maka terbazirlah pahala-pahala puasa Ramadhan begitu sahaja.

Oleh itu, diri sendiri perlu mengawal nafsu masing-masing dan berbelanja mengikut keperluan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Bagaimana cara anda mengatasi nafsu berbelanja di bulan ramadan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN