Seringkali kita lihat banyak posting di media sosial yang meminta untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang di  kesusahan.

Tetapi sukar juga untuk kita pastikan kesahihan posting berkenaan sama ada ia benar-benar ingin membantu keluarga yang susah itu atau sengaja mengambil kesempatan untuk kaut keuntungan atas cerita kesusahan orang lain.

Niat hanya untuk membantu keluarga yang mengalami kesusahan tetapi tidak sangka perkara lain pula yang timbul.

 

Tidak Tahu Kisah Keluarga Tular

Berdasarkan laporan dari media, mereka yang ditularkan ini  tidak tahu dan agak terkejut apabila kisah mereka tular.

Kes yang berlaku pada salah sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Baru Sungai Puntar, Bedong  membuatkan mereka terkejut apabila mengetahui kisah kesusahan mereka tular di media sosial.

Dalam kes yang hampir serupa, keluarga yang menetap di Dungun pula mengetahui bahawa pihak yang menghulurkan bantuan mahu memasukkan kisah kesusahan mereka itu di media sosial, tetapi tidak sangka ia menjadi tular.

 

Tidak  Minta Simpati Orang Ramai

Berikutan dengan perkara ini, pihak sekolah dan saudara mara turut bertanya tentang keadaan keluarga mereka sehingga membuatkan anak-anak mereka jadi malu.

Difahamkan, sebelum ini, tular di media sosial yang mengatakan pasangan suami isteri yang mempunyai empat orang anak hidup dalam keadaan daif.

Mereka yang ditularkan itu berasa malu kerana mereka tidak minta simpati orang ramai dalam menyalurkan bantuan.

 

Terima Pelbagai Bantuan

Keluarga yang ditularkan itu memberitahu ada menerima bantuan dari Zakat Kuala Muda berupa Skim Baiki Rumah dan rumah tersebut telah pun siap cuma tidak mempunyai kewangan untuk memasang bekalan air dan elektrik.

Suaminya hanya bekerja sebagai buruh ladang dan hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM650 sebulan dengan harapan mampu menyara anak-anaknya dan tidak pernah menagih simpati pada orang ramai untuk dapatkan bantuan.

Walaupun berita yang tular itu bukan daripada mereka, tetapi mereka menerimanya secara positif walaupun hidupnya tidaklah daif dan masih mampu  menghantar anak-anak ke sekolah.

 

Tanya Dahulu Sebelum Tular

Budaya tular bukanlah satu isu baharu dan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam menularkan satu-satu perkara tanpa selidik mahupun bertanya dahulu sebelum tular.

Seperti dalam hal ini, keluarga yang hidup susah ini telah tular di media sosial tanpa pengetahuan dan telah memberi kesan kepada keluarga mereka.

Sebagai pengguna laman sosial, kita perlu bijak dalam menyebarkan atau berkongsi berita, gambar, video serta meminta bantuan.

Jika ditularkan dengan cara yang betul, maka baiklah kesannya dan setiap apa yang ditularkan itu perlu dipertanggungjawab dan pastikan berita yang ingin disebarkan itu betul-betul sahih.

Bukan itu sahaja, penting juga memastikan apa yang kita sebarkan itu benar dan perlu minta kebenaran supaya tidak dianggap menceroboh hak peribadi orang lain.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah Lynas ini wajar ditutup?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN