Trend lelaki warga asing berkahwin dengan wanita tempatan untuk mendapat manfaat seperti membuka perniagaan di Malaysia bukan lagi suatu mimpi.

Semalam, satu laporan ekslusif yang dikeluarkan Berita Harian sama sekali mencuit hati para pembacanya.

Sumber: Berita Harian

Laporan itu menyatakan lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk yang berstatus ‘nenek’, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warganegara untuk tinggal lama dan berniaga di negeri Sabah.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Musa Sulaiman yang turut menyatakan trend tersebut berlaku di seluruh dunia ketika ini.

Apa yang mengejutkan, ada warga Pakistan yang berumur 20-an atau 30-an sanggup berkahwin dengan wanita tempatan yang berumur 50 tahun hingga 60 tahun.

 

Sikap Wanita Tempatan Sendiri Jadi Punca

Puncanya ialah penduduk tempatan sendiri, kita tidak tahu apa kelebihan lelaki Pakistan yang menyebabkan wanita tempatan tertarik dengan mereka.

Gambar sekadar hiasan

Tidak dinafikan, kemungkinan atas faktor itu juga, semakin ramai lelaki Pakistan datang ke Sabah kerana mudah untuk berkahwin di negara kita.

Mungkin salah satu puncanya, sikap lelaki tempatan yang malas untuk bekerja, jadi wanita terpaksa memilih berkahwin dengan warga asing lebih-lebih lagi terdapat segelintir lelaki warga asing dilihat lebih rajin untuk bekerja.

Namun tidak semua daripadanya benar-benar baik. Ada daripadanya hanya mahu mengambil kesempatan kemudian tidak lama selepas itu tinggalkan si isteri apabila perniagaannya tidak lagi maju.

Gambar sekadar hiasan

Ada juga kes, yang mana apabila dibebani dengan hutang, wanita tempatan akhirnya menjadi mangsa dera sebelum ditinggalkan.

Kejadian seumpama ini sama sekali dilihat sangat membimbangkan dan seharusnya wanita tempatan sedar mengenai senario tersebut.

Selagi mana sikap wanita tempatan tidak berubah, selagi itulah mereka dengan mudahnya mempergunakan wanita warga tempatan dengan mengahwini mereka untuk mendapat peluang menjalankan perniagaan di negara ini.

Akhirnya, rakyat tempatan kita sendiri terpaksa bersaing dengan mereka disebabkan lambakan warga asing.

 

Semua Pihak Perlu Ganding Bahu

Sumber: Imigresen Malaysia

Dalam hal ini, sudah tiba masanya kerajaan dan pihak Imigresen untuk lebih bertegas menangani perkara ini, bagi memastikan rakyat kita tidak menjadi mangsa atas nama cinta.

Bila lihat semula, agak tidak wajar warga asing yang berusia lingkungan 20 hingga 30-an ini berkahwin dengan wanita yang sudah berusia separuh abad hanya untuk mendapatkan lesen perniagaan dan menetap di Malaysia.

Jadi sudah tiba masanya prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkahwinan wanita tempatan dengan warga asing dilaksanakan dengan segera seperti yang pernah dibangkitkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh sebelum ini.

Dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa jika mendapati terdapat perkara yang tidak betul dengan membuat laporan untuk tindakan lanjut. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah sikap wanita tempatan itu sendiri menjadi punca kepada permasalahan ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN