Sumber : Oh Bulan

Penyertaan dan kemenangan Sufian Suhaimi melalui lagu ‘Di Matamu’ menerima perhatian ramai diatas persembahannya yang berjaya menyentuh hati para peminat yang menonton persembahan tersebut.

 

Persembahannya yang diatur cantik dengan ‘arrangement’ yang baru, grafik dan prop pentas yang menarik membuatkan Sufian Suhaimi sekaligus berjaya memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJL 33.

Persembahan yang berjaya mempersonakan penonton turut menerima respon hebat dari penyanyi No.1 negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bukan calang-calang orang yang komen.

 

Sumber : Malaysia Gazzette

Penyertaan Sufian sebagai finalis AJL ke 33 turut mendapat perhatian dan ucapan daripada bekas tunangnya Elfira Loy melalui lama twitternya.

Sumber : Google

Ucapan tersebut dikatakan dibuat oleh Elfira ketika sedang menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah Bersama suaminya. Ucapannya itu mengundang kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri.

Bukan mudah untuk seseorang melupakan sejarah silam terutamanya jika ia melibatkan hati dan perasan. Mungkin mudah untuk pihak Elfira melupakan kisah cintanya dengan Sufian dan menggantikannya dengan jejaka lain.

 

Persembahan Bukan Untuk Perli Elfira Loy

Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, Sufian dikerumi para wartawan bagi menjawab pelbagai spekulasi yang timbul. Terutamanya isu prop pelamin yang dihiasi hampir sama dengan pelamin bersanding Elfira dan pasangannya.

Sufian menjelaskan bahawa dia tidak tahu tentang hiasa-hiasan berkaitan persembahannya dan semuanya diserahkan kepada kumpulan kreatifnya yang menguruskan semua. Ditambah pula dengan duit-duit yang bertaburan di atas pentas ketika dia sedang menyampaikan lagu tersebut merancakkan lagi keseluruhan persembahan tersebut.

Sumber : Rotikaya

Ramai yang memberikan respon positif terhadap persembahan final Sufian tersebut, dan meluahkan rasa simpati dan memahami kesedihan Sufian diatas perpisahannya dengan bekas tunangnya itu. Susunan lagu yang baru dan penggunnaan elemen tradisional didalam persembahan tersebut turut menerima pujian ramai.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah Sufian Suhaimi menang Anugerah Juara Lagu 33 baru-baru ini?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN