Apabila menjelangnya Hari Raya, anak-anak kecil yang begitu teruja sekali untuk menyambutnya. Baju raya, kasut raya, tudung raya, songkok raya adalah antara perkara yang perlu ada setiap tahun.

Sumber: The Star

Dan yang paling dinantikan mereka ini ialah duit raya yang akan diberikan oleh keluarga, sanak saudara malah kenalan ibu bapa mereka ketika berjumpa.

Amalan pemberian duit raya dilihat seakan-akan menjadi kemestian dan semakin subur dibudayakan dalam masyarakat kita sehinggakan ramai yang menganggap ia satu kewajipan.

Sumber: FMT

Difahamkan, budaya pemberian duit raya ini asalnya dari Cina yang akan memberikan ‘Ang Pau’ ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

 

Jadi Bebanan

Tidak dinafikan, budaya yang sudah diterap sejak sekian lama menjadi satu perkara paling utama yang perlu difikirkan. Malah ia juga sudah menjadi bebanan untuk mereka.

Bagi yang berkemampuan, mungkin tiada masalah buat mereka mengeluarkan bajet untuk duit raya, tapi bagaimana pula dengan golongan kurang berada?

Mereka seolah-olah terpaksa membelanjakan wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih penting semata-mata mahu memberi duit raya kerana malu dikata orang.

Zaman dahulu walaupun diberikan 50 sen sebagai duit raya, anak-anak kecil sudah amat gembira. Tetapi pada zaman moden ini, jika diberi RM2 pun kita dianggap kedekut.

Sumber : Iluminasi

RM2 mungkin diberikan kepada anak-anak yang tiada pertalian persaudaraan dengan kita, kalau ahli keluarga pasti jumlahlah lebih sedikit.

Bayangkan untuk pemberian duit raya sahaja kita perlu sediakan sekurang-kurangnya RM300-RM400.

 

Lebih Baik Dihentikan

Terdapat pandangan supaya budaya pemberian duit raya ini lebih baik dihentikan secara perlahan-lahan dan digantikan dengan benda yang lebih memberi nilai berbanding wang ringgit.

Sekadar Gambar Hiasan

Sebagai contoh, mungkin boleh digantikan dengan kad raya lebih-lebih lagi, zaman teknologi ini kad raya semakin dilupakan. Sekurang-kurangnya dengan kad raya yang diberi tuan rumah ini akan memberi kenangan dan nilai ingatan terhadap seseorang itu.

Perkara ini juga boleh mengajar anak-anak kecil supaya tidak bersikap materialistik dan lebih menghargai amalan kunjung mengunjungi sesama keluarga atau kenalan.

Jika ingin mengubah amalan dan budaya ini, ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dan mengajar anak-anak mereka supaya tidak meminta dan mengharapkan wang sekiranya berkunjung ke rumah orang.

Ibu bapa perlu seharusnya menerapkan rasa keinsafan dalam diri anak bahawa hari raya bukan hari mengumpul duit, tapi waktu untuk berkumpul dan bermaafan serta meraikan kemenangan atau kejayaan berpuasa.

 

Duit Raya Ajar Anak Hormat, Rapatkan Silaturahim

Walaubagaimanapun, budaya pemberian duit raya ini juga terdapat baiknya. Antara budaya yang baik diterapkan sebelum menerima duit raya adalah anak kecil itu mesti bersalaman dan memohon maaf dengan orang tua dahulu.

Malah dengan bersalaman juga, ia dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama saudara.Kita akan dapat mengenali anak-anak saudara yang jauh yang mungkin hanya ketika hari raya sahaja kita berjumpa.

Sekadar Gambar Hiasan

Bersalaman adalah satu tanda kemesraan sesama insan dan simbol penghormatan antara generasi muda dan tua.

Namun, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak tentang mahram dan menekankan hanya yang mahram sahaja dibenarkan bersalam, yang bukan mahram, adalah haram pula untuk bersalam.

Justeru, pemberian duit raya sempena Aidilfitri ini merupakan satu budaya yang mempunyai baik buruknya. Tiada masalah untuk memberi duit raya sekiranya niat bersedekah, namun yang tidak bagus apabila ia dianggap sebagai perkara wajib dan paling utama setiap kali menjelang Aidilfitri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju budaya pemberian duit raya ditukar kepada pemberian kad raya?
15 votes · 15 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN