Sungguh memeranjatkan apabila video tular seorang lelaki merayu agar dilepaskan pihak polis kerana kesalahan lalu lintas yang dilakukannya. Kejadian tersebut dirakam pihak polis yang bertugas.

Melihat keadaan dia yang runsing dan panik, pihak polis tampil untuk menenangkan lelaki berkenaan, dan ternyata lelaki tersebut seperti mengalami tekanan dan resah dengan tindakan yang bakal dikenakan kepadanya.

Berulang-ulang kali dia menjelaskan dia terpaksa melanggar lalu lintas kerana ingin cepat memberikan kunci kepada teman wanitanya yang tidak mempunyai kunci rumah mereka dan kembali ke pejabat untuk bekerja.

Malah dia dilihat melarikan diri kerana tidak boleh mengawal perasaannya ketika itu.

Ketika ditanya polis, dia meluahkan rasa hatinya yang begitu tertekan dengan kerja dan kehidupan. Bayangkan di China, rata-rata syarikat mempraktikkan waktu bekerja selama 12 jam dan 6 hari seminggu.

Terpaksa akur dengan tuntutan kerja, dia terpaksa bekerja juga demi kelangsungan hidup.

Yang menyedihkan, rata-rata pekerja di China mengalami tekanan kerja seperti ini namun terpaksa akur demi memenuhi tuntutan sara hidup yang tinggi.

Pola bekerja 12 jam dan 6 hari seminggu ini menerima bantahan yang kuat dan hangat diperdebatkan kerana dikatakan merampas masa luang pekerja yang patut digunakan untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Namun, polisi kerajaan China ini disokong kuat oleh tokoh usahawan China, Jack Ma yang juga mempraktikkan waktu bekerja begitu di syarikatnya. Katanya, selagi muda dan mempunyai kudrat yang masih kuat, inilah masanya kita berusaha lebih kuat untuk menjamin masa hadapan yang lebih senang dan cerah. Jadi mengapa perlu merungut?

Bayangkan jika anda terikat dengan waktu bekerja begini, pasti ramai yang tertekan dan terlalu penat.

Kita patut bersyukur di Malaysia, kebanyakan syarikat mengamalkan waktu bekerja selama 9 jam dan 5 hari seminggu. Bayangkan jika rata-rata majikan mengerah tenaga orang Malaysia untuk bekerja seperti rakyat China. Pasti kes-kes kemurungan semakin meningkat di Malaysia.

 

Terdesak Nak Duit, Rakyat China Terpaksa ‘Berlakon’

Lihat sahaja video-video yang tular di China, selain video-video yang sering menayangkan sikap sesetengah rakyat yang kurang prihatin terhadap orang lain, ramai juga rakyat disana yang cuba membunuh diri dengan berjalan di jalan-jalan raya dan sengaja mendedahkan diri mereka kepada bahaya.

Ramai yang berbuat demikian kerana memang berniat untuk membunuh diri namun ada juga yang berniat untuk menuntut kerugian.

Ini kerana di China jika berlaku sebarang kemalangan, orang yang melanggar akan menanggung setiap kos rawatan dan akan diarahkan untuk membayar ganti rugi.

Kerana itulah ramai yang melakonkan ‘trick’ ini untuk mendapatkan wang.

Kerana ini jugalah, ramai yang takut untuk menghulurkan bantuan jika mereka terlihat sebarang kemalangan yang berlaku kerana takut disalahkan dan terpaksa menanggung kos rawatan dan ganti rugi.

Kos Sara Hidup Yang ‘Membunuh’

Kos sara hidup yang tinggi di China membuatkan ramai rakyat yang hidup dalam tekanan dan terpaksa berjimat dalam menjalani kehidupan harian mereka. Mereka yang mempunyai pekerjaan yang bagus dan bergaji tinggi, mungkin tiada masalah.

Namun bagi mereka yang tergolong dari kategori pendapatan sederhana dan rendah, akan melalui hari-hari mereka dengan tekanan yang tidak berpenghujung.

Pernahkah anda lihat cara hidup mereka yang tinggal di flat-flat kos rendah di China, sebuah rumah dikongsi beramai malah ada yang terpaksa mengubah suai tandas mereka dan turut menjadikan ia dapur dan juga tempat tidur.

Mungkin kerana desakan hidup yang sebeginilah kita dah dapat lihat kebanyakan rakyat China pasti bersungguh dalam mengusahakan sesuatu.

Etika terhadap kerja mereka yang sangat bagus dan berdisiplin wajar dijadikan dorongan untuk kita menjadi lebih produktif dalam melakukan sesuatu kerja.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda setuju dengan polisi kerja 9-9/6 ini dipraktikkan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN