Masuk sahaja tahun baharu Islam, sambutan Maal Hijrah akan diwarnai dengan pelbagai pengisian ataupun program terutamanya oleh umat Islam di Malaysia.

sumber: jakim

Selain daripada mengerjakan ibadah puasa sunat tasu’a dan perarakan bagi memperingati hari kebesaran Islam itu, terdapat satu budaya yang menarik iaitu penyediaan bubur Asyura.

Secara ringkasnya, bubur Asyura ini dibuat dengan pelbagai jenis campuran ramuan dan kebiasaannya akan dibuat atau disediakan pada 10 Muharam atau dikenali dengan Hari Asyura.

 

Kisah Disebalik Bubur Asyura

Apabila sebut sahaja Hari Asyura, sebilangan masyarakat kita hari ini pasti akan mengaitkannya dengan satu sambutan oleh penganut Syiah iaitu Hari Karbala. Tetapi di sebalik hari tersebut, terselit juga tradisi menyediakan bubur Asyura.

sumber: recipes from my kitchen

Sumber daripada thepatriots.asia, mengatakan terdapat satu lagenda masyarakat Turki yang tinggal di perbatasan Armenia iaitu mengenai “The Noah Pudding”. Kisah tersebut menceritakan di mana Nabi Nuh meminta umatnya mengumpul lebihan bahan makanan yang masih tinggal di dalam bahtera untuk dijadikan juadah.

Hanya tinggal beberapa bijirin yang dijadikan tepung dan beberapa jenis kekacang kemudiannya dicampurkan semua bahan tersebut untuk dijadikan bubur. Seterusnya, bagi masyarakat Kristian Armenia, tradisi bubur Asyura ini turut dikenali sebagai Anusabur yang dihidangkan ketika hari Krismas dan malam tahun baharu (New Year’s Eve).

 

Kisah Tidak Berasas

Disebalik penyediaan makanan tradisi bubur Asyura ini, ia dikaitkan dengan pelbagai cerita asal-usul yang diwarisi secara lisan dari generasi kepada generasi. Ada cerita yang dikaitkan dengan peristiwa zaman Nabi Nuh a.s selepas berlakunya banjir besar dan juga pada zaman Nabi Muhammad SAW ketika perang Badar.

Menurut laman thepatriots.asia, menyatakan tiada satu hadis sahih yang mendasari kisah di mana bubur Asyura ini merupakan pertama kali dibuat oleh Nabi Nuh setelah terselamat dari banjir besar pada 10 Muharram.

Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Mohd Anuar Ramli menyatakan sehingga kini tiada rujukan yang tepat terhadap dakwaan itu.

Namun sebagai pengajaran daripada peristiwa banjir besar ketika zaman Nabi Nuh, penyediaan bubur ni berkait rapat dengan isu keselamatan makanan iaitu kecukupan sumber makanan dan kemampuan untuk mendapatkannya.

 

Erat Silaturahim Melalui Penyediaan Bubur Asyura

Bubur Asyura mempunyai keunikkannya yang tersendiri di mana setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai versi yang berbeza dari segi rasa dan juga ramuannya. Ia sudah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu sejak turun temurun sebaik sahaja tiba Hari Asyura.  

sumber: mstar

Tradisi gotong-royong menyediakan bubur Asyura dalam masyarakat Turki dan juga Orang Melayu ini dahulu adalah untuk mengeratkan silaturahim. Masyarakat Melayu berpuasa pada 10 Muharram dan bubur Asyura ini dijadikan sunnah manisan untuk berbuka puasa kelak.

Namun penyediaan bubur Asyura ini bukanlah satu bentuk kewajiban kepada umat Islam dan juga bukan satu bentuk paksaan dalam menikmatinya ketika sambutan tahun baharu Islam. Pada asasnya bubur Asyura adalah sebuah lambang kesyukuran dan juga simbol perpaduan dalam masyarakat Islam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah menyediakan atau merasai juadah bubur Asyura?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN