Bukan mudah untuk mengawal perlakuan dan pergaulan sosial seseorang. Malah ibu bapa sendiri adakala tidak mampu berbuat apa-apa kerana anak yang sudah dewasa lebih suka membuat keputusan mengikut kata hati mereka.

Jika mereka masih kecil, bolehlah dirotan dan dihukum. Anak-anak juga pasti tidak berani melawan ibu bapa mereka.

Namun, apabila sudah meningkat dewasa, sudah tiada apa yang dapat  dilakukan ibu bapa kecuali dengan memberi nasihat dan teguran.

Penglibatan anak muda mahupun yang sudah  berumur dengan pergaulan seks bebas sebelum kahwin semakin menjadi-jadi.

Walaupun perbuatan ini ditegah sekerasnya oleh agama, namun ramai yang masih terlibat secara aktif malah ada yang sehingga bersekedudukan dengan teman lelaki mereka dan menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri dari segi zahir dan juga batin.

Sebelum ini tular seorang instafamous yang bersekedudukan dengan teman lelakinya kantoi apabila mereka rupanya belum berkahwin.

Setiap gambar yang dimuat naik sangat mesra sehingga ramai yang ingat mereka sudah berkahwin. Rupa-rupanya belum apabila salah seorang individu mendedahkan status pasangan berkenaan.

Dan terbaru, seorang wanita melayu muslim, dikatakan membuat laporan polis kerana berang dengan teman lelakinya yang dikatakan mencabut kondom tanpa dia sedar ketika mereka sedang melakukan hubungan seks.

Sumber : Viral.my

Tidak pasti untuk apa wanita berkenaan membuat laporan polis. Untuk menyaman si teman lelaki ataupun ingin memperbodohkan diri sendiri?

Terang lagi bersuluh, bagi yang beragama Islam, melakukan hubungan seksual sebelum berkahwin adalah haram dan berdosa besar malah dari segi undang-undang boleh dikenakan hukuman denda RM 3,000 dan penjara tidak melebihi 2 tahun.

Adakah negara Malaysia sudah menjadi terlalu terbuka sehinggakan zina bebas diperkatakan mahupun diuar-uarkan tanpa rasa bersalah dan malu?

Si pelaku juga seperti bangga menceritakan pencapaian mereka tanpa memikirkan air muka mak ayah yang sudah tercalar.

Memang Malaysia ialah negara bebas, dan sebagai individu anda bebas melakukan apa sahaja. Namun adakah itu bermakna adat dan tuntutan agama juga wajar ditolak ketepi?
Tidak dapat bayangkan muka pegawai polis yang menerima laporan berkenaan, sama ada mahu gelak ataupun marah dengan tindakan wanita berkenaan yang cukup berani membuat laporan tentang kesalahan diri sendiri.

Adakah si teman lelaki akan ditahan atas kesalahan mencabut kondom tanpa rela?

 

Bukak Aib Dah Jadi Trend

Apabila kita bercakap tentang trend kehidupan anak muda sekarang, banyak yang mudah terikut dengan budaya dari luar sehingga mereka sanggup mengagungkan sesuatu benda  tidak kisah jika maruah diri tergadai.

Lihat sahaja ketagihan Tiktok dan platform media sosial yang lain. Demi meraih penonton dan ‘like’ yang tinggi, pelbagai aksi yang tidak sopan dan menghairahkan sanggup dilakukan sedangkan ianya jelas bukan budaya kita.

Malah, jangan katakan anak muda, mak-mak orang pun ada yang terikut-ikut dengan trend Tiktok ini sehinggakan ada yang lebih ramai pengikut dari anak muda.

Tidak dinafikan, penglibatan seseorang individu dengan sosial media dan dunia maya adalah hak masing-masing.

Mereka mempunyai hak untuk mengekpresikan diri sendiri, namun jika ianya keterlaluan sehingga menjadi pengaruh yang tidak baik untuk orang, wajarkah ianya diteruskan?

 

Jaga Air Muka Keluarga

Apabila anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu ayah lah yang akan dipersalahkan kerana dikatakan salah mendidik anak.

Sedangkan, dari kecil sudah cukup kasih sayang dan didikan yang sewajarnya diberi. Namun apabila meningkat dewasa habis semua didikan yang diberi sejak kecil dikuburkan oleh mereka kerana lebih ingin mengikut kata hati yang belum pasti betul dan baik haluannya.

Dan apabila kes anda menjadi tular seperti ini, bayangkan betapa hancurnya hati ibu bapa kita. 

Jadi, sebelum anda berbuat sesuatu, fikirlah sehabis baik. Fikirkan perasaan ibu bapa kita, mereka yang dulu berhempas pulas membesarkan kita, beginikah cara kita ingin membalas jasa mereka?

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN