Terbaru, isu kecurangan penyanyi dan pelakon popular Alif Aziz muncul lagi buat kali yang ketiga apabila isterinya, Bella Astillah memuatnaik ‘insta story’ berkaitan isu berkenaan. Alif Aziz juga dikatakan bertindak memadam semua gambar-gambar isterinya yang pernah dimuatnaik di akaun sosial media Instagramnya.

Alif Aziz  dikatakan turut mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada isterinya itu dan bertindak tidak pulang ke rumah mereka.

Sampai bilakah drama rumahtangga mereka ini akan berterusan? Tidak puas membujangkah sampaikan sudah berkahwin dan mempunyai anak pun masih nak hidup seperti orang bujang, keluar dengan wanita sana sini tanpa memikirkan perasaan isteri?

Namun begitu, ramai netizen yang turut geram dengan sikap Bella yang dikatakan mudah memberi peluang kepada suaminya sehingga Alif berani untuk berkelakuan begitu untuk kali yang ketiga.

Dimanakah silapnya? Mengapa begitu mudahnya si suami terus menerus bersikap begitu sedangkan isteri sudah berkali-kali bagi peluang.

Ada juga yang mendakwa Bella seolah-olah cuba mencari publisiti dengan kisah rumahtangganya. Peminat mula merasa jemu dengan kisah-kisah hidup dia dan Alif kerana dilihat seperti tiada penghujung.

Seperti biasa, apabila suaminya kantoi curang, dia akan memuatnaik kisah-kisah peribadinya itu di media sosial namun akhirnya akan kembali bersama seperti tiada apa yang berlaku.

Memang benar, setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan namun sampai bila Bella nak biarkan dirinya ditipu? Rumahtangganya dipermainkan oleh suami sendiri.

Tambahan pula mereka sudah mempunyai anak bersama, dan jelaslah tindakan Alif Aziz itu tidak wajar dan boleh menghancurkan rumahtangga dan kehidupan anak mereka.

 

Takut Bercerai Demi Anak

Yang pastinya, Bella bukanlah wanita dan isteri pertama yang menghadapi dugaan berumahtangga seperti ini. Terlalu ramai wanita  menghadapi benda yang sama namun tidak berani untuk berbuat apa dan menelan sahaja dugaan ini demi menjaga nama baik suami dan keluarga.

Yang menyedihkan, ramai wanita diperlakukan sebegini seolah-olah terperangkap dan tidak mampu untuk berpisah kerana memikirkan kepentingan anak-anak mereka. Demi anak dan tidak mahu anak mereka membesar tanpa bapa, wanita-wanita ini sanggup dicurangi malah dimadukan asalkan anak-anak mereka membesar bersama insan yang bergelar ayah.

Wajarkah wanita disepit sebegini? Tidak dinafikan wanita juga sering melakukan kesilapan dan kurang arif bab rumahtangga. Namun itu tidak menjadi faktor untuk si suami sewenangnya berlaku curang.

 

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri

Bila sudah berumahtangga, pastinya banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Sebagai seorang isteri dan ibu, banyak perkara yang harus dijaga dengan teliti. Menjaga kebajikan anak-anak, makan minum dan pakai suami malah soal hati suami juga perlu dijaga baik agar tidak ada yang dipendam dan menimbulkan konflik dikemudian hari.

Betapa beratnya tanggungjawab wanita, namun begitu, tolak ansur dan bekerjasama adalah antara kunci dalam berumahtangga. Tanpanya pasti akan ada sahaja benda yang tidak kena dan menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

Kerana itulah, nenek moyang kita selalu menasihatkan wanita agar jaga suami elok-elok, makan pakainya dijaga rapi dan jangan pernah tidur tanpa menyelesaikan mana-mana konflik yang ada.

Dan jalan terbaik untuk menyelesaikan apa-apa masalah adalah dengan berbincang dan jangan menyimpan rasa terlalu lama kerana pastinya akan memudaratkan diri dan hubungan dengan pasangan.

Yang penting, walau apa pun masalah yang dihadapi, curang bukanlah cara terbaik untuk anda menyelesaikan masalah rumahtangga anda kecuali anda ada masalah ‘kegatalan’.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah Bella memaafkan suaminya buat kali ketiga dan meneruskan perkahwinan mereka?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN