Sumber : The coverage

Baru-baru seorang lelaki yang sedang memandu dikatakan bertindak membuang rokok ke luar kenderaannya dan berjaya dirakam oleh ‘dashcam’ pemandu yang berada dibelakangnya.

Saksi kejadian yang cukup lengkap dengan bukti berserta nombor pendaftaran kenderaan membuang keputusan untuk membuat laporan polis dan menyerahkan semua bukti yang ada.

Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu menerima kecaman banyak pihak kerana sewenang-wenangnya membuang lebihan rokok yang dihisap ke jalanraya. Selain menjadi contoh yang tidak baik, sikap ini akan memberikan imej yang buruk kepada negara dan juga dari segi kebersihan jalan raya.

Menurut sumber, pihak polis mengalu-alukan mana-mana individu yang berjaya merakam kesalahan-kesalahan begini untuk melaporkan secara terus kepada pihak polis. Nombor kenderaan pesalah juga jika dapat dirakam akan lebih memudahkan siasatan oleh pihak polis.

Yang menariknya, sesiapa sahaja yang aktif memberikan laporan kepada pihak polis tentang pesalah-pesalah ini akan diberikan ganjaran sebagai tanda penghargaan terhadap keprihatinan mereka.

Sumber : Iluminati.com

Sikap membuang sampah ke luar kereta dan tempat-tempat awam yang lain bukanlah suatu isu yang aneh. Masalah ini sudah sering didengar dan diperbualkan oleh orang ramai.

Dalam usaha kerajaan mempromosikan kempen kebersihan untuk negara, ramai yang masih ambil mudah isu yang semakin melarat ini.

 

Rakyat akan ikut tak?

Yang menjadi persoalan ialah adakah rakyat akan ikut dan patuhi jika benar denda RM500 ini dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan? Sedangkan sebelum ini banyak undang-undang negara tidak dihiraukan dan kesalahan-kesalahan samada berat atau tidak tetap dilakukan oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Contohnya larangan merokok ditempat awam dan harus mempunyai jarak 3meter jika perokok ingin merokok juga hanya tinggal sebagai arahan. Masih ramai individu yang tidak bertanggungjawab dan memilih untuk melanggar larangan kerajaan demi memudahkan mereka memuaskan keinginan diri sendiri.

Amat menyedihkan dikala ibu-ibu yang mengandung dan mempunyai anak kecil sudah berteriak gembira dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan tetapi hak mereka untuk tidak tercemar dengan asap rokok dan risiko-risiko menjadi perokok kedua dipijak oleh perokok-perokok yang mementingkan diri sendiri ini.

 

Sikap Ambil Mudah Rakyat Malaysia

 Walau sebanyak manapun usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan tahap kebersihan di seluruh negara, namun semua usaha ini seolah-olah tidak bermakna jika setiap rakyat tidak mengambil bahagian dan memberikan kerjasama yang baik.

Sikap sesetengah inidvidu yang tidak kisah dengan undang-undang, keadaan sekeliling dan matlamat negara dalam menuju status negara maju pastikannya akan memberi impak yang besar terhadap keseluruhan sistem negara.

Tidak ada siapa yang akan rugi jika sikap suka membuang sampah merata-rata ini berjaya dikawal malah dimansuhkan. Pastinya ia akan memberikan imej yang baik terhadap negara kita.  

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah pihak kerajaan menguatkuasakan denda sebanyak RM500 kepada individu yang membuang puntung rokok merata-rata?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN