Perbuatan zina dan seks sejenis adalah dilarang di dalam Islam dan hangat diperkatakan pada masa kini dengan pelbagai tuntutan daripada golongan LGBT.
Kini kerajaan Brunei telah mengumumkan akan mengenakan hukuman rejam sampai mati kepada pesalah zina dan seks sejenis di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Pejabat Peguam Negara Brunei yang bertarikh 29 Disember 2018 dan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah akan mengumumkannya pada 3 April 2019 ini.Â
Negara Brunei mempunyai 400,000 orang penduduk dengan 67 peratus daripadanya adalah beragama Islam.
Â
Hanya Untuk Muslim Sahaja
Bagi mereka yang melakukan kesalahan zina dan seks sejenis di Brunei boleh membawa kepada hukuman rejam sampai mati.
Di bawah pindaan undang-undang Syariah yang sebelum ini ditunda selama empat tahun ekoran kritikan yang diterima, bermula 3 April 2019 ini, kerajaan Brunei akan menguatkuasakan hukuman sebat atau rejam sehingga mati bagi beberapa kesalahan seksual termasuk homoseksual, zina dan rogol.
Sebelum ini, hukuman bagi kesalahan melakukan hubungan seks sejenis hanya dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Kerajaan Brunei juga akan melaksanakan kanun jenayah yang lebih berat yang juga merangkumi hukuman memotong tangan kanan bagi kali pertama dan kaki kiri bagi kali kedua dalam kesalahan mencuri.Â
Namun begitu, undang-undang ini hanya dilaksanakan kepada muslim di negara Brunei sahaja.
Â
Amaran Keras Sultan Kepada Rakyat
Sudah pasti terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi setelah berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah ini.
Kerajaan Brunei telah menggunakan media radio dan televisyen di Brunei dalam memberi kefahaman kepada seluruh rakyatnya melalui siaran khas mengenai undang-undang Islam sebelum ia dilaksanakan.Â
Tetapi usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Brunei itu telah muncul beberapa suara yang yang menghasut, mempersoal serta tidak menyokong perlaksanaan tersebut serta menyebarkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.
Kritikan yang dilemparkan kepada kerajaan Brunei dalam usaha ke arah melaksanakan hukuman hudud ini menyebabkan Sultan Hassanal memberi amaran keras.
Â
Mendapat Tentangan Hebat
Pada tahun 2013 Brunei pertama kali mengumumkan untuk laksanakan hudud namun pelaksanaannya tertangguh kerana pihak berkuasa memperincikan cara perlaksanaan sambil dikritik hebat oleh kumpulan hak asasi.
Pengumuman untuk melaksanakan hukuman rejam kepada pesalah zina dan seks sejenis ini telah membuatkan kumpulan hak asasi ini terkejut dengan langkah yang di ambil Brunei yang mengamalkan Islam lebih ketat berbanding Malaysia dan Indonesia.Â
Namun, kumpulan-kumpulan hak asasi ini telah menyuarakan bantahan mereka pada 27 Mac 2019 lalu terhadap langkah yang diambil oleh kerajaan Brunei.Â
Amnesty International telah menggesa kerajaan Brunei supaya ‘secara serta merta menghentikan’ hukuman baru yang ingin dilaksanakan itu dan bagi mereka, meluluskan hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan ini adalah amat menjijikkan.
Â
Â
Fasa-Fasa Pelaksanaan Hudud Di Brunei
Difahamkan, sebelum ini Sultan Brunei yang juga Perdana Menteri mengumumkan undang-undang syariah itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa.
Perancangan pelaksanaan undang-undang Islam yang diputuskan kerajaan berkenaan dilakukan secara berperingkat iaitu selepas enam bulan pertama diikuti 12 bulan dan seterusnya 24 bulan.
Penguatkuasaan Hukuman Kanun Jenayah Syariah ini dilaksanakan secara berperingkat iaitu mempunyai 3 fasa:
Fasa pertama dilaksanakan pada 1 Mei 2014 dan dalam fasa pertama ini dilaksanakan peruntukan-peruntukan bagi kesalahan am dalam bahagian IV penggal IV yang membawa kepada hukuman denda atau penjara.
Contoh kesalahan ialah tidak mengerjakan solat jumaat, berkhalwat dan yang termasuk di dalam susunan perlembagaan.
Fasa kedua pula dilaksanakan 12 bulan selepas Kanun Peraturan Jenayah Mahkamah Syariah diwartakan dan dalam fasa kedua ini akan dilaksanakan peruntukan-peruntukan bagi kesalahan-kesalahan di dalam bahagian IV penggal I,II,dan III yang boleh dikenakan hukuman had, kisas, diyat , badal al-suhl atau arsy kecuali kesalahan yang membawa kepada hukuman mati.
Contoh jenayah tersebut ialah zina dan percubaan melakukan sihir dan yang termasuk di dalam susunan perlembagaan.
Fasa ketiga pula dilaksanakan 24 bulan selepas dari tarikh Perintah Kanun Peratuarn Jenayah Mahkamah Syariah diwartakan. Dan dalam fasa ketiga ini pula, perintah ini dikuatkuasakan sepenuhnya termasuk perlaksanaan hukuman mati.
Â
Â
Â
Â
Â
KATA ORANG
The punishment will be "witnessed by a group of Muslims." ... but let's stick with the Asian kingdom of Brunei since it's technically Asia.
— The Source Please (@thesourceplease) March 28, 2019
This is fucking heartbreaking. Lgbt people will be stoned to death in Brunei. What kind of world do we live in?
— addison (@camilaismylife2) March 28, 2019
Tabik hormat Sultan Brunei krn melaksanakan undang2 rejam hgga mati kpd golongan lgbt ini yg betul esp utk org muslim bukannya menghalalkan cara siap tuntut hak kebebasan utk golongan songsang...bila bersuara menentang/tidak setuju dikenakan tindakan haram jadah betul...
— Rafidah Jalil (@JalilRafidah) August 13, 2018
Brunei tetapkan hukuman rejam pada kesalahan LGBT. Man, I wish Malaysia setegas Brunei. Tak perlu la sampai hukuman mati, tapi jangan berlembut kasi muka.
— San Shaf (@sanshaf) August 13, 2018