Sumber: AFP

Negara Brunei Darussalam bakal menyambut bulan Ramadhan pada hari Selasa, sehari lebih lewat berbanding negara-negara jiran seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Memetik laporan Sinar Harian, pengumuman tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Johar Muhammad selepas mendapat perkenan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Rombongan melihat anak bulan Ramadhan terdiri daripada Hakim Syarie, Pegawai Pegawai Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri , pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Agama, Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan dan Jabatan Mufti Kerajaan.

Rombongan tersebut mendapati anak bulan Ramadhan tidak kelihatan menyebabkan bulan Syaaban digenapkan kepada 30 hari, manakala pengisytiharan bulan Ramadhan di seluruh Brunei berkuatkuasa bermula pada hari Selasa.

Menimbul Persoalan Ramai

Namun begitu, ramai di kalangan warga maya tertanya-tanya kenapa perkara sedemikian berlaku sedangkan negara Brunei dikelilingi oleh wilayah Malaysia. Sebenarnya penentuan tarikh bulan Ramadhan dan bulan Syawal  bergantung kepada kaedah rukyah dan hisab yang dilakukan oleh pemerintah di sesuatu kawasan yang berdaulat meliputi negeri mahupun negara.

Justeru itu, kedudukan geografi bukanlah penentu segala-galanya, walaupun negeri atau negara-negara disekeliling mempunyai ketetapan tempoh masa yang sama. Perkara ini boleh dibuktikan dengan peristiwa yang pernah berlaku di negara kita. Pengiraan rukyah dan hisab dilakukan bagi setiap negeri.

Sumber: Lancareno

Pernah Terjadi di Malaysia

Di Malaysia, pernah berlaku peristiwa di negeri Perak dan Johor menyambut bulan Syawal lebih awal sehari berbanding negeri lain pada tahun 1983. Jelas kedudukan geografi tidak menentukan pengumuman ketibaan bulan Ramadhan atau Syawal meskipun berada di wilayah bersebelahan. Ini kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sumber: Vitdaily

Menyunting sumber dari orangperak.com, kisah Perak dan Johor menyambut raya awal sehari bermula apabila beberapa kumpulan nelayan di Perak yang pulang dari menangkap ikan telah terlihat anak bulan ketika penghujung bulan Ramadhan.

Berita tersebut telah disampaikan ke darat dengan cepat. Malah perkara tersebut disahkan oleh pihak marin yang bertugas dilaut pada ketika itu. Khabar yang tersebar dengan pantas tersebut telah sampai ke pengetahuan mufti dan seterusnya diketahui Tuanku Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah.

Jentera Kerajaan Negeri Dikerah Untuk Makluman

Hasilnya, baginda mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada rakyat jelata pengumuman hari raya yang bermula keesokan harinya. Dengan bantuan radio Perak, polis dan pihak berkuasa tempatan, pembesar suara digunakan untuk memaklumkan peristiwa tersebut.

Sumber: Orang Perak

Disebabkan peristiwa yang jarang-jarang terjadi, berlaku kekecohan di kawasan sempadan negeri Perak iaitu di Tanjung Malim apabila masyarakat di kawasan sempadan tersebut berlagak makan dan merokok dengan penduduk dari negeri Selangor.

Semua Negeri Sudah Menggunakan Kaedah Imkanur-Rukyah

Namun begitu, peristiwa ini tidak berlaku lagi memandangkan Malaysia sudah menggunakan kaedah Imkanur-rukyah iaitu perkiraan bulan Hijriah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa selama 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan satu pusingan.

Bagi mereka yang pernah melalui zaman tersebut, tentu merasai keunikan peristiwa yang jarang-jarang berlaku yang menjadi bualan ramai.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah merasai raya atau puasa lewat/cepat sehari berbanding negeri lain?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN