Adakah pendakap gigi (braces) hari ini satu keperluan kesihatan atau sudah menjadi satu fesyen ikutan? Persoalan ini timbul berikutan trend pemakaian pendakap gigi semakin meningkat dalam kalangan anak muda, ditambah pula dengan tawaran pelbagai jenis dan warna.

Sumber: Astro Awani

Fesyen Atau Keperluan Kesihatan?

Senario ini sudah pastinya sukar ditemui sekiranya kita menjengah tempoh 20 tahun yang lalu. Ketika itu mereka yang menggunakan perkhidmatan pendakap gigi boleh dibilang dengan jari.

Berkemungkinan faktor pendidikan dan kemajuan teknologi telah mengubah gaya hidup masyarakat ke arah metroseksual dengan menitikberatkan soal kecantikan.

Malangnya disebabkan permintaan pendakap gigi yang semakin meningkat menyebabkan ada sesetengah pihak mula menghasilkan pendakap gigi tiruan dengan harga yang lebih murah. Hal ini sudah pasti merupakan sesuatu yang tidak baik yang akan memberi kesan kepada kesihatan.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Doreyat Jemun berkata, jumlah pengguna pendakap gigi tiruan yang datang ke Klinik Kesihatan Pergigian Awam (KKPA) meningkat di seluruh negara. Ia disebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dialami pengguna.

Sumber: Facebook

Kenapa Boleh Terjadi?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa alatan pendakap gigi palsu diperbuat dengan menggunakan bahan yang tidak mengikut piawaian kesihatan yang ditetapkan. Misalnya diperbuat daripada bahan lead.

Hal ini disebabkan besi yang digunakan mudah karat, seterusnya memberi kesan kepada sistem dalaman badan akibat karat yang ditelan berulang kali sama ada dalam keadaan sedar mahu pun tidak meskipun ia dalam kuantiti yang kecil.

Perkara ini berbeza sekiranya dibandingkan dengan pendakap gigi asli. Kebiasaannya pendakap gigi asli diperbuat daripada besi tahan karat. Selain itu, ia juga boleh didapati dalam jenis-jenis tertentu seperti plastik, seramik, ‘clear aligner’ dan pendakap boleh tanggal yang selamat menurut preskripsi amalan pergigian.

Kesan-Kesan Lain

Sumber: Astrol Awatni

Pelbagai kes lain turut direkodkan berkaitan penggunaan pendakap gigi tiruan. Antaranya ialah gigi menjadi semakin jongang, barisan gigi tertanggal akibat kerosakan teruk pada struktur gigi dan sebagainya.

Sehinggakan terdapat kes kematian turut direkodkan. Ianya berlaku disebabkan ada yang tercekik pendakap gigi yang dipasang. Menurut iluminasi.com, kebanyakan sindiket penjual pendakap gigi palsu mendakwa pembeli boleh memasang pendakap gigi tersebut secara sendiri!

Betul Ke Boleh Terkena HIV Kalau Guna Braces Palsu?

Terdapat sesetengah pihak mendakwa pemasangan pendakap gigi palsu boleh menyebabkan seseorang itu terkena penyakit HIV. Namun begitu, sejauh mana kebenarannya? Ini memandangkan kenyataan tersebut tidak disandarkan berdasarkan fakta yang jelas. Malah, tidak ada kes-kes HIV direkodkan disebabkan pemasangan pendakap gigi palsu.

Berkemungkinan dakwaan tersebut lebih kepada memberikan kesedaran untuk beralih kepada pendakap gigi asli yang lebih selamat penggunannya, namun begitu caranya tidak tepat.

Maka apa yang boleh dilakukan di peringkat KKPA, mengadakan program kesedaran bagi mengingatkan orang ramai. Dalam masa yang sama bukan hanya pesakit masalah gigi sahaja yang perlu datang ke KKPA, tetapi saemua orang digalakkan datang untuk menjalani pemeriksaan gigi setiap enam bulan sekali.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa braces tiruan semakin berleluasa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN