Br1m atau dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia dimulakan pada tahun 2011 ketika Pembentangan Bajet 2012.

Bantuan ini dimulakan dengan inisiatif oleh bekas kerajaan Barisan Nasional untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan yang tidak berkerja dan golongan miskin. Bantuan tersebut diteruskan hingga ke tahun 2018.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini rakyat Malaysia digegarkan dengan berita dimana Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad ingin mengurangkan kadar pemberian BR1M seterusnya menghapuskan BR1M.

Perkara ini diputuskan apabila kerajaan ingin menyemak semula segala subsidi dan juga setiap bantuan rakyat yang diberikan oleh kerajaan.

 

Objektif asal BR1M

Sumber: BR1M

Rakyat Malaysia sering menghadapi dilema mengenali Objektif asal BRIM. Terdapat orang yang mengatakan bahawa apa-apa bentuk bantuan dari kerajaan menggalakkan pergantungan dan kelesuan dalam jangka masa panjang.

Kemudian ada orang pula yang berfikir bahawa harus ada usaha insentif yang seimbang. Ada pula yang menegaskan bahawa penyokong harus lebih komprehensif.

Jika seseorang berpendapat bahawa bantuan daripada kerajaan adalah berguna untuk mencapai kesaksamaan, maka ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan dasar BR1M.

 

Kebaikan BR1M

Setiap perkara mempuyai keburukan dan kebaikan disebaliknya. BR1M juga tidak lari daripada norma tersebut.

Dengan adanya BR1M, ia dapat membantu golongan pendapatan rendah ini meningkatkan perbelanjaan masing-masing. Hal demikian juga dapat membantu memancu ekonomi negara. Ini kerana ia dapat menjana pertumbuhan perniagaan domestik.

Malah, ia juga dapat menjana ekonomi tempatan kerana daya beli rakyat meningkat.

BR1M pada pemulaan pemberiannya dimulakan dengan nilai sebanyak RM500 dan telah menigkat kepada nilai RM1000.

 

Sumber: Permohonan

Keburukan BR1M

Namun demikian, dengan ada kebaikan semestinya adanya kekurangan. Antara kekurangan yang tedapat pada BR1M adalah penambahan dalam perbelanjaan kerajaan. Dengan realiti ekonomi negara yang kurang baik,adanya BR1M memaksa kerajaan meningkatkan perbelanjaannya.

Sedangkan pelbagai inisiatif kebajikan rakyat yang boleh dibuat oleh kerajaan. Ia juga dikatakan bahawa adanya BR1M akan mendatangkan masalah dan kesan buruk masa depan pada kerajaan yang akan memerintah nanti.

Malah BR1M dikatakan tidak membantu rakyat secara keseluruhannya. Ia juga membebankan kerajaan sehingga memaksa kerajaan untuk mengurangkan dan rasionalisasi subsisidi serta perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan bahawa hasilnya akan dipulangkan kepada rakyat.

Sumber: Rojak Daily

Keputusan perdana menteri Malaysia untuk mengurangkan lalu menamatkan pemberian BR1M itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia dan juga ahli politik. Ada yang meminta Tun Dr. Mahathir untuk mengkaji semula perancangan tersebut.

KATA ORANG 

KATA ANDA

Apa kata anda? Adakah pemberian BR1M perlu dihentikan atau tidak?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN