Baru-baru ini, seorang wakil pembangkang mencadangkan Parlimen dibubarkan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan janji untuk meletak jawatan sebagai sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun.

Beliau adalah Ahli Parlimen Rompin dari Barisan Nasional (BN), iaitu Datuk Seri Hasan Arifin.

Katanya, langkah itu wajar bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan berdasarkan manifesto yang dikemukakan Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Beliau berkata, pada dasarnya pembangkang setuju Dr Mahathir melaksanakan reformasi Parlimen dan institusi serta menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun seperti dipersetujui parti kerajaan sebelum ini.

 

Umno Terdesak, Gila Kuasa

Sumber: Sinar Harian Online

Menjawab balas cadangan itu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh tampil mengatakan kerajaan boleh menukar Perdana Menteri sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Perkara tersebut tidak menjadi masalah memandangkan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional sebelum ini pernah berbuat demikian.

Kata Fuziah jika PH adalah majoriti di dalam dewan dan secara automatik calon perdana menteri baru akan dapat sokongan majoriti.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin PH yang juga Adun Teruntum Sim Chong Siang pula berpendapat cadangan Hasan itu seperti gila kuasa dan terdesak.

Katanya, pembangkang perlu menerima apa sahaja yang kerajaan lakukan malah penukaran Perdana Menteri juga pernah berlaku semasa pemerintahan kerajaan BN dahulu.

Beliau berkata, tempoh lima tahun adalah tempoh terbaik sebelum adanya pilihan raya dan penukaran Perdana Menteri hanya perlu sokongan majoriti ahli dewan.

 

Tukar PM Bersifat Peribadi

Sumber: Sinar Harian

Adun Panching dari Pas, Mohd Tarmizi Yahaya mencadangkan Parlimen dibubarkan selepas tempoh matang iaitu dalam tempoh tiga tahun setengah.

PRU yang diadakan segera ini hanyalah untuk menukar perdana menteri yang akan meletak jawatan lebih bersifat peribadi.

“Ini kerana PRU melibatkan kos besar dan ia perlu dilihat (pilihan raya) untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi,”.

 

Rakyat Malaysia Tidak Setuju Tukar PM Sekarang

Rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju pembubaran ini dibuat segera kerana jika ada PRU ia akan melibatkan wang rakyat dihabiskan lagi dan mereka mahu kerajaan baharu dibawah PH ini mengatasi masalah negara dalam tempoh lima tahun ini.

Jika mandat diberikan kepada pemerintah seperti BN, mereka risau kes-kes rasuah dan penyelewengan ditutup begitu sahaja.

Apa sahaja keputusan seharusnya untuk meminta pandangan rakyat juga kerana mereka yang berhak dan berkuasa menentukan siapa yang mereka mahukan.

Jika bubar parlimen, PRU akan diadakan untuk rakyat keluar mengundi dan memilih sekali lagi wakil rakyat dan juga kerajaan yang mana mereka mahukan mentadbir negara tetapi kena ingat bahawa wang rakyat akan boros bagi membiayai kos pengiklanan dan pemasaran.

Jadi, perlukah lagi PRU diadakan tidak sampai tempoih lima tahun? Rakyat tidak perlu dibebani dengan sikap pemimpin yang tamak dan gila kuasa seperti ini.

Pada 9 Mei 2018, sudah membuktikan rakyat mahu siapa yang mentadbir, beri peluang untuk kerajaan baharu hari ini.

 

Anwar Diangkat Sebagai PM Ke-8

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Ia antara janji yang selalu ditekankan olehTun Dr Mahathir. Beliau setuju menjadi perdana menteri kerana Anwar berada dalam penjara apabila kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran.

Dan rakyat juga tahu akan perkara ini dan mereka menunggu pentadbiran dibawah Anwar pula.

Jadi, mandat rakyat ini bukan hanya telah disepakati pada 9 Mei lepas, tetapi juga telah diperkukuhkan lagi dengan mandat yang diberikan oleh pengundi kepada Anwar ketika PRK Port Dickson.

Suatu proses peralihan kepimpinan yang jelas, stabil dan teratur adalah penting demi menjamin kelangsungan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan yang berdepan dengan tugas besar untuk melaksanakan reformasi untuk negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah pembubaran parlimen dilakukan sekali lagi dengan tempoh tidak sampai lima tahun?
40 votes · 40 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN