Ganja adalah sejenis dadah yang boleh didapati daripada pokok marijuana. Ganja juga mengandungi bahan aktif iaitu Tetrahydro-annabinoids (THC) di mana ia adalah sejenis dadah peransang. 

sumber: berita harian

Di Malaysia, undang-undang yang berkaitan dengan ganja adalah sangat keras sehingga boleh membawa kepada hukuman gantung mandatori.

Tetapi baru-baru ini, ada pula pihak yang “membenarkan” ganja di bawa masuk ke Malaysia serta boleh diusahakan dalam tujuan perubatan.

 

Minta Kebenaran Dari Pihak KKM

Perkara ini datangnya daripada Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Komisioner Polis Datuk Seri Zulkifli Abdulah. 

sumber: utusan borneo

Katanya, dalam Akta Dadah Berbahaya 1952, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan dan juga kajian, tetapi perlu mendapat kelulusan daripada Menteri Kesihatan sebelum ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan.

Beliau juga menyatakan, jika benar terdapat kemujaraban bahan-bahan ganja dalam perubatan, kita perlu buat sesuatu tetapi dengan cara yang betul seperti penanaman pokok ganja yang perlu pada kawalan yang ketat dan tidak ditanam secara sesuka hati.

Tetapi sejauhmanakah kebenaran bahawa ganja mampu memberi manfaat dalam bidang perubatan dan adakah penanaman pokok ganja boleh dikawal ketat oleh pihak kerajaan?

Jangan  Terlalu Terbuka Untuk Bawa Masuk Ganja

Penagihan dadah merupakan masalah yang dihadapi oleh hampir semua negara di dunia hari ini. Masalah ini dilihat sebagai masalah sejagat yang menyumbang kepada peningkatan statistik penagihan dadah pada setiap tahun. 

sumber: daily telegraph

Malah, Malaysia juga turut menghadapi masalah peningkatan dadah setiap tahun dan ganja merupakan salah satu dadah yang diharamkan penggunaannya.

Presiden Persatuan Kanser Antarabangsa (UICC), Prof Sanchia Aranda berpendapat bahawa pihak kerajaan perlu berhati-hati dalam membincangkan penggunaan marijuana (ganja) bagi tujuan perubatan dan mengatakan sikap terlalu terbuka kepada ganja tidak baik untuk sesebuah negara. 

Tambahnya, proses menghadkan penggunaan herba dalam perubatan seperti ganja memang sedang berlaku di Australia dan New South Wales khususnya di Victoria dengan memulakannya melalui ujian klinikal dahulu.

Jika Malaysia ingin membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan, mereka tidak seharusnya terus “membuka pintu” untuk itu, sebaliknya mempertimbangkan pendekatan seperti Australia iaitu melakukan percubaan terlebih dahulu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perlu Malaysia menjadi negara yang mengeksport bahan ganja ke negara luar dalam bidang perubatan satu hari nanti?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN