Sebelum ini masyarakat hanya didedahkan tentang hasil cukai yang diterima oleh kerajaan melalui rokok. Menerusi laporan Malaysiakini, difahamkan industri rokok mendatangkan hasil cukai sebanyak RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Bagi masyarakat, mereka menganggap pendapatan cukai dari hasil rokok sangat lumayan sehinggakan ada yang membuat rumusan bahawa kerajaan tidak berani melaksanakan pengharaman rokok. Itu belum mengambil kira industri vape yang semakin berkembang dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Astro Awani

Kos Rawatan Pemulihan Perokok 4 Kali Ganda Berbanding Cukai Rokok?

Sebenarnya, tidak ramai yang tahu bahawa kos rawatan pemulihan perokok yang ditanggung oleh kerajaan adalah lebih tinggi berbanding cukai yang diterima daripada rokok. Dikhabarkan peruntukan sebanyak RM16 bilion setahun dibelanjakan oleh kerajaan dalam usaha merawat mereka yang menderita pelbagai penyakit akibat tabiat merokok.

Kos tersebut merupakan anggaran rawatan yang diperoleh daripada hospital dan klinik kerajaan serta swasta ke atas pesakit yang menghidap pelbagai jenis penyakit ekoran tabiat yang tidak sihat. Kos ini merupakan 4 kali ganda berbanding hasil cukai rokok yang diterima.

Sumber: Free Malaysia Today

Bermakna, setiap RM1 hasil cukai rokok yang diterima, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM4 untuk merawat pesakit yang menghidap pelbagai penyakit berpunca daripada rokok. Dakwaan ini bukan baharu, tetapi sudah lama diperkatakan.

Menerusi laporan Astro Awani pada Oktober tahun lalu, kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM7.4 bilion bagi setiap kos rawatan penyakit utama akibat merokok seperti kanser paru-paru dan masalah jantung koronari menjelang tahun 2025.

Dah Mahal Kenapa Masih Biaya Rawatan?

Walaupun menyedari kos rawatan ditanggung kerajaan tidak setimpal dengan pendapatan hasil cukai yang diterima, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan tetap akan menjalankan tugasnya bagi memastikan kesihatan rakyat terus terpelihara, dalam masa yang sama mengurangkan jumlah perokok di Malaysia.

Sumber: JKN Perlis

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, program berhenti merokok yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tempoh 2012 hingga 2018 telah melibatkan seramai 73,836 perokok. Daripada jumlah tersebut hanya 23 peratus atau 16,930 orang individu berjaya berhenti daripada merokok.

Program tersebut telah menyediakan sesi kaunseling, latihan serta ubat dalam jangka panjang ( bergantung kepada individu) yang membantu golongan perokok mengurangkan ketagihan seterusnya meninggalkan rokok.

Ada Sebab Kenapa Pengharaman Rokok Diperketatkan

Justeru usaha kerajaan mengharamkan rokok di premis-premis makanan merupakan langkah yang tepat dalam usaha menyelamatkan individu bukan perokok yang terdiri daripada masyarakat pelbagai umur dan jantina daripada terus terdedah kepada asap rokok.

Sumber: Xinhua Indonesia

Maka itu, setiap rakyat sentiasa diingatkan untuk menjaga kesihatan diri daripada terjebat daripada bahaya rokok. Merokok sangat mudah, tetapi untuk berhenti daripada ketagihan merupakan suatu usaha yang sangat sukar.

Tidak ramai yang berjaya, dan ada kalanya yang berjaya memerlukan masa yang agak lama sehingga memakan masa berbulan-bulan bahkan ada juga memakan bertahun. Tetapi sekiranya anda mempunyai insurans sendiri dan tidak membebankan kerajaan, teruskan merokok.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN