Pada setiap 10 Zulhijah, umat Islam seluruh dunia pasti akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban iaitu satu lagi hari kebesaran dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Universiti Sains Malaysia

Ketika ini, umat Islam tentunya sibuk dengan gotong royong memasak dan melapah daging korban. Tidak kurang juga ada yang berpusu-pusu ke masjid untuk mengambil lebihan daging korban.  

Tetapi, dalam pada kita menyambut ibadat korban ini, timbul juga persoalan sama ada daging korban ini boleh dikongsi kepada mereka yang bukan Islam atau tidak?

Ada yang kata akan jatuh haram sekiranya memberi daging korban pada yang bukan Islam. Malah, ada pula yang kata, ianya boleh diberikan bergantung pada situasi.

 

Boleh Ke Dikongsikan?

Berikutan persoalan yang sering dibahaskan di media sosial sejak kebelakangan ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Katanya, daging korban penyembelihan dalam ibadat korban itu tidak harus diberikan kepada mereka yang bukan Islam seperti di dalam mazhab al-Syafie.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan pandangan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat pengagihan daging korban kepada yang bukan Islam dibolehkan memandangkan umat Islam di Malaysia hidup bersama-sama penganut agama lain dan  mazhab Hanafi membenarkannya.

Sumber: Utusan

Namun, walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, jika dilihat dari konteks Islam, sudah tentulah kita akan mengutamakan umat Islam terlebih dahulu berbanding mereka yang bukan Islam.

Tujuan kita melakukan ibadah korban ini pastinya untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai tanda memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah selain menyambut dan merayakan mereka yang pulang dari tanah suci.

Jadi, bagi pada orang Islam sudah memadai. Tetapi sekiranya golongan yang bukan Islam itu benar-benar memerlukan, ianya wajar diberi sekadar menghilangkan laparnya.

 

Apa-Apa Pun Kena Ikut Keadaan

Walaupun kebanyakan ulama melarangnya tetapi ada beberapa keadaan yang boleh dipertimbangkan untuk memberi daging korban kepada mereka yang bukan Islam mengikut situasi.

Sumber: https://ohsemput.com

Sebagai contoh, jika sekumpulan pendakwah itu pergi ke perkampungan Orang Asli yang bercampur dengan muallaf serta orang yang belum lagi memeluk agama Islam, daging korban itu wajar untuk diberi pada semua penduduk itu sebagai cara untuk ‘melembutkan’ hati mereka terhadap Islam serta mengelakkan mereka memandang serong terhadap agama Islam.

Sama juga keadaan sekiranya di dalam komuniti Islam di sesuatu kawasan itu terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat yang baik serta ramah dengan penduduk setempat, jika ada lebihan hasil korban maka ia dibolehkan untuk diberi pada mereka.

Namun, jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk umat Islam sahaja, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan khususnya fakir miskin.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah pemberian daging korban pada mereka yang bukan Islam dianggap salah?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN