Jangan pernah berani berjanji sekiranya tidak dapat tepati. Begitulah komentar pengguna media sosial di Malaysia dalam menzahirkan rasa kurang senang terhadap prestasi kerajaan pada ketika ini.

Gambaran indah berdasarkan manifesto sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu nampaknya hanyalah sekadar khabar angin. Perubahan yang diimpikan hanya tinggal kenangan setelah setahun berlalu.

 

Betul Ke Najib Turun Ringgit Naik?

Bayangkan nilai ringgit ketika ini semakin menyusut, peluang pekerjaan tidak bertambah, kos sara hidup tidak banyak berubah, dan yang paling utama ialah nilai pasaran komoditi sawit semakin menjunam. Hal ini menyebabkan rakyat sangat takut dalam melakukan perbelanjaan dan mungkin juga ada yang tidak mampu berbelanja.

Sumber: Sinar Harian

Disebabkan itu suara-suara rakyat Malaysia melepaskan geram dizahirkan melalui undi protes dalam siri-siri Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memastikan kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan terus melaksanakan janji-janjinya. Tindakan rakyat Malaysia boleh dikatakan masih lagi terkawal dan tidaklah sehingga menghukum para wakil rakyat yang dipilih.

 

Diikat Pada Tiang Akibat Tidak Tunai Janji

Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku di Mexico. Menerusi laporan Sinar Harian, seorang Datuk Bandar Siltepec, negeri Chiapas, Mexico telah dihukum oleh penduduk setempat ekoran gagal menunaikan janji-janjinya dalam pilihan raya.

Datuk Bandar Siltepec, Pedro Damian Gonzalez Arriaga telah diikat pada sebatang tiang ketika sedang melakukan lawatan kerja di pekan kecil La Laguna. Sebelum ini penduduk mendesak supaya wang dalam tabung khas diperuntukkan untuk menaik taraf jaringan jalan raya sepanjang dua kilometer. Namun, beliau memberi alasan cadangan tersebut akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam bajet perbandaran.

Hal ini telah menyebabkan penduduk setempat bertindak di luar jangkaan disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan. Ini memandangkan penduduk di situ merasakan mereka seperti ditipu menyebabkan hukuman tersebut dikenakan. Bukan itu sahaja, Arriaga turut dituduh menyalahgunakan dana awam untuk menghiasi pejabatnya.

 

Ada Yang Dipaksa Kutip Derma Di Jalanan Dengan Berpakaian Wanita

Cerita berkenaan ahli politik Mexico tidak terhenti di situ sahaja. Dalam masa yang sama dikhabarkan seorang lagi ahli politik Mexico telah dipaksa oleh penduduk setempat untuk mengutip derma dengan mengenakan pakaian pakaian wanita.

Memetik laporan orangkata.my, Javier Sebastian Jimenez yang memenangi pemilihan Datuk Bandar di Huixtan gagal menunaikan manifestonya untuk membaikpulih sistem pengairan tempatan.

Sumber: Lobak Merah

Beliau bukan sahaja diserbu oleh penduduk tempatan di pejabatnya, malah diarahkan untuk mengenakan pakaian wanita bersama pengurusnya iaitu Luis Ton. Kedua-dua mereka diarak ke seluruh bandar Huixtan selama empat hari berturut-turut bermula pada 30 Julai yang lalu bagi mengutip derma di tengah jalan raya supaya mampu melunaskan janji yang tidak ditepatinya.

Sudahlah diarak ke seluruh jalan raya, media tempatan pula hadir bagi membuat liputan terhadap Santiz. Sudah pasti ia memberikan aib yang besar kepada dirinya. Buktinya, isu ini telah tular di seluruh dunia serta menjadi bahan bualan bagi kita di Malaysia.

 

Tak Mustahil Boleh Berlaku Di Malaysia

Justeru, perkara sebegini perlu diambil pengajaran oleh wakil rakyat di Malaysia. Sungguhpun perkara-perkara sebegitu hanya berlaku di Mexico, ia tidak bermakna perkara yang sama juga tidak akan berlaku di Malaysia. Memandangkan rakyat Malaysia mempunyai sifat kesopanan yang tinggi, mungkin tindakan sebegitu belum tiba masanya lagi.

Sumber: Twitter Rozali Meat

Justeru, setiap ahli politik perlu rasional dalam mengemukakan manifesto agar tidak dipersoalkan rakyat. Kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan rakyat seperti ‘manifesto bukan kitab suci’, ‘manifesto bukan janji’ dan sebagainya akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat.

Anda harus ingat, dunia ini seperti roda, ada kalanya berada di atas dan ada kalanya anda berada di bawah. Anda pun dilantik atas kepercayaan rakyat selama satu penggal (5 tahun).

Justeru tunaikanlah janji dan berhati-hatilah dalam memberikan pendapat terhadap rakyat. Perkara yang paling utama iaitu jangan pernah berjanji jika tidak mampu ditepati.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN