Buaya merupakan haiwan reptilia yang diancam kepupusan pada waktu kini. Sebarang pemburuan haiwan terancam adalah salah di sisi undang-undang. Tetapi tidak bagi negeri Sarawak yang dikenali dengan โ€˜Bujang Senangโ€™.

Sumber: Astro Awani

Wajarkah Buaya Diburu?

Pada asalnya, buaya di Sarawak merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Namun, penambahan populasi buaya yang semakin banyak di sungai-sungai di Sarawak ditambah dengan kes-kes dibaham buaya menyebabkan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengeluarkan sebanyak 60 lesen memburu kerana memberi ancaman kepada manusia.

Menurut Timbalan Kontroler Hidupan Liar JHS, Engkamat Lading, tindakan pengeluaran lesen memburu tersebut adalah wajar bagi mengimbangi populasi reptilia tersebut, sekali gus mengurangkan ancaman kepada manusia. Kes-kes dibaham buaya saban kali berlaku di Sarawak.

Kes Meningkat Setiap Tahun

Berdasarkan laporan bagi tahun 2014-2016, terdapat 32 kes serangan buaya berlaku dengan 17 daripadanya mengakibatkan kematian.

Pada Januari-Oktober 2017, sebanyak 12 kes serangan buaya direkodkan melibatkan Sembilan kes kematian. Angka-angka yang dipaparkan sangat tinggi dan menjadi sesuatu yang bahaya bagi penduduk yang tinggal di sekitar sungai di Sarawak.

Sumber: The Rakyat Post

Buaya Mampu Serang Bot

Buaya bukan sahaja memburu manusia di pinggir sungai, tetapi mampu juga menyerang manusia yang berada di dalam bot. Semakin kecil bot maka semakin tinggi risiko diserang buaya.

Perkara ini yang dikhuatiri oleh penduduk setempat yang sangat bergantung dengan pengangkutan air kerana sungai merupakan medium utama yang menghubungkan penduduk di Sarawak.

Populasi buaya, khususnya buaya katak meningkat 30 kali ganda berbanding pada tahun 1980-an. Antara kawasan yang menjadi habitat buaya katak ialah Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Sadong, Sungai Seblak, Sungai Sebuyau, Sungai Rimbas dan Sungai Krian dengan kepadatan populasi 8-10 ekor bagi setiap kilometer.

Berdasarkan kajian dari pihak jabatan, dianggarkan sebanyak 20,000ย  ekor buaya liar di sungai di Sarawak. Selain buaya katak, Sarawak juga mempunyai spesis buaya lain seperi buaya Jejulong dan buaya tembaga yang dikenali sebagai Bujang Senang.

Sumber: Cilisos

Kisah Lagenda Perjanjian Antara Buaya Bujang Senang Dengan Dayak Iban

Berdasarkan kisah lagenda, terdapat perjanjian yang telah dibuat antara Bujang Senang dengan masyarakat Dayak Iban.

Sekiranya sesiapa yang membunuh keturunan Bujang Senang, maka mereka akan dibalasa dengan kematian. Disebabkan orang Dayak telah melanggar persetujuan tersebut dengan membunuh seekor buaya, maka buaya telah bertindak balas memburu manusia bagi membalas dendam sehingga ke generasi seterusnya.

Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Langkah memberikan lesen memburu merupakan satu inisiatif dari JHS bagi mewujudkan sumber pendapatan kepada penduduk, terutama di kawasan yang memiliki kepadatan buaya yang tinggi. Dalam masa yang sama, JHS turut mengeluarkan lesen bagi penjualan daging dan kulit buaya bagi tujuan perubatan serta pembuatan produk kraf.

Harga produk berasaskan kulit buaya seperti beg tangan, kasut dan tali pinggang mampu mencecah sehingga RM5,000. Manakala daging buaya boleh dijual dengan harga RM38 sekilogram.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju buaya diburu?
14 votes · 14 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN