Buat pertama kalinya dalam sejarah, bola sepak pantai negara mara sehingga ke peringkat suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia). Kemaraan itu tercipta selepas Thailand berjaya menumpaskan Afghanistan 2-0 dalam aksi Kumpulan A terakhir.
Sungguhpun tewas dalam dua perlawanan kumpulan, iaitu tewas 2-3 kepada Afghanistan, menang 5-4 kepada Thailand dan kalah 5-6 kepada Palestin, namun Malaysia masih lagi berpeluang selepas kekalahan Afghanistan dengan mengambil kira kelebihan kiraan gol.
Malaysia Naib Juara Kumpulan
Dengan kekalahan Afghanistan, Malaysia mara ke peringkat suku akhir selaku naib juara Kumpulan A. Namun skuad kendalian Faizal Md Soβod dijangka bakal berdepan cabaran getir apabila akan menentang juara Kumpulan B, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Khamis ini.
Pemenang di peringkat suku akhir akan mara ke separuh akhir dengan tawaran slot ke Piala Dunia bola sepak pantai di Paraguay. Daripada empat pasukan yang mara ke separuh akhir, hanya tiga pasukan terbaik sahaja akan mendapat slot tersebut.
Penyertaan Kali Kedua
Ini merupakan penyertaan kedua negara dalam Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC. Pada tahun 2017, Malaysia buat pertama kali menyertai kejohanan tersebut selaku tuan rumah. Namun, prestasi yang kurang memberangsangkan pada ketika itu menyebabkan skuad negara beraksi dengan langkah kiri apabila dimalukan Iran dengan jaringan 14-0.
Walau bagaimanapun, ia merupakan kisah dua tahun yang lalu. Kekalahan lalu memberikan pengajaran dan kematangan buat skuad bola sepak pantai negara untuk terus mara pada kejohanan kali ini. Malah kekalahan tipis dalam dua perlawanan memberi gambaran perubahan ketara aksi yang ditampilkan oleh skuad negara jika dibandingkan aksi dua tahun yang lalu.
Keajaiban Mampu Dilakar
Melihat kepada aksi sengit yang ditampilkan skuad negara pada kejohanan kali ini, rakyat Malaysia percaya keajaiban mampu dicipta dan mengharapkan agar ada sinar kejayaan bagi skuad bola sepak pantai negara untuk melakar kejayaan menjuarai Kejohanan AFC buat kali pertama.
Untuk rekod, skuad bola sepak pantai negara pernah mencapai waktu kegemilangan suatu ketika dahulu ketika sukan ini masih lagi baru berkembang pesat. Sebelum kewujudan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC, Malaysia pernah beraksi pada Piala Dunia Bola Sepak Pantai di Brazil pada tahun 1999.
Namun, rekod aksi yang ditonjolkan tidak begitu menyerlah menyebabkan pasukan negara hanya mampu menamatkan cabaran di peringkat kumpulan di tempat terbawah yang dihuni bersama skuad Portugal dan Amerika Syarikat.
KATA ORANG
Syabas Malaysia...hanya 2 negara tak da padang pasir layak ke suku akhir.
— Matahati (@Wartan57) March 13, 2019
Sempoi
— jaisidris (@jaisidris) March 13, 2019
Baruk jak berjinak main bola sepak pantai ππ selow selow π https://t.co/L5fILcfNh3
— zhnn (@zuhnunakmal_) March 12, 2019
wow baru tau walau tau dekat Pattaya sekarang diadakan
— Mohamadou Sumariff π²πΎπ²πΎπ²πΎ (@ariffansar) March 11, 2019