Sekiranya kita menyebut Samsung, perkara yang bermain-main dalam minda kita adalah kecanggihan teknologi telefon pintarnya. Jika diteliti, pada 15 tahun yang lalu, agak sukar sebenarnya untuk mendengar telefon-telefon jenama Samsung di pasaran utama. Paling tidak pun kita akan sentiasa mendengar persaingan antara Nokia, Sony Ericsson dan Motorola.  

Dulu Tak Pernah Buat Telefon

Jenama Samsung pada ketika itu lebih terarah kepada barang-barang elektronik rumah seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya. Langsung tidak terfikir mereka mampu mencipta gajet yang kini menjadi pesaing jenama utama dunia seperti Apple.

Begitulah hebatnya teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Samsung. Mereka lebih terkehadapan dalam menyediakan gajet yang memenuhi cita rasa semasa. Boleh dikatakan produk telefon pintar pertama Asia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Sumber: Twitter Yosuf

Tetapi, kita harus ingat, dunia ini diibaratkan seperti roda. Ada kalanya berada di bawah dan ada kalanya berada di atas. Itu yang terjadi pada produk-produk telefon hari ini. Kehebatan jenama Nokia yang pernah popular pada suatu masa dahulu hanya tinggal pada nama. Mungkin juga perkara yang sama akan berlaku pada jenama-jenama popular masa kini sekiranya tidak ada inovasi terbaru yang dihasilkan.

Huawei Mula Jadi Pesaing Utama Selepas iPhone

Ketika ini, Huawei sedang berkembang pesat dan bakal menjadi gergasi telefon pintar utama di dunia tidak lama lagi. Adakah produk Samsung akan terkesan sekiranya Huawei terus berkembang? Sudah semestinya.

Lihat sahaja pembangunan teknologi yang dihasilkan. Mereka merupakan satu-satunya syarikat yang berjaya mendirikan teknologi 5G untuk memberi lebih capaian jalur lebar kepada pengguna mengatasi gergasi produk tlefon pintar seperti Apple dan Samsung.

Sumber: Cnet

Sekiranya prestasi Samsung merosot, perkara ini yang akan memberi ancaman kepada ekonomi Korea Selatan. Memetik artikel rakyatku.co, Samsung bukan sahaja syarikat teknologi utama di Korea Selatan. Malah, ia mendominasi perekonomian negara selama beberapa dekad. Samsung dianggarkan menguasai 15 hingga 17 peratus perekonomian Korea Selatan.

Sebagai jenama utama, Samsung terbahagai kepada beberapa syarikat utama seperti Samsung Electronics, Samsung Heavy Industry, Samsung Engineering, Samsung C&T dan Samsung Life Insurance. Setiap satu memberi impak besar kepada ekonomi Korea.

Samsung Ubah Korea Selatan Jadi Negara Inovatif

Sumbangan terbesar Samsung adalah menjadikan negaranya sebagai sebuah negara inovatif. Memetik laporan World Economic Forum (WEF), Korea Selatan diisytiharkan sebagai negara paling inovatif, diikuti oleh negara Sweden. Konsep negara berinovatif mencukupi pelbagai aspek, antaranya konsentrasi terhadap perusahaan teknologi, hingga kepada graduan-graduan lulusan sains dan teknikal.

Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan penghasilan produk Samsung yang dikategorikan produk paling banyak dipatenkan pada tahun 2017 mengatasi produk-produk Amerika Syarikat (AS).

Kekuatan ekonomi Samsung boleh dibuktikan sehinggakan mereka mampu mendirikan bandar Samsung di Gangnam Station, sebuah kawasan perbandaran di wilayah Seoul.

Sekiranya kita ke Korea Selatan hari ini, boleh nampak perbezaan ketara antara negara tersebut dengan negara kita. Bangunan-bangunan moden berteknologi tinggi, infrastruktur yang lengkap dan sempurna kebanyakkannya hasil ciptaan Samsung yang berjaya mengubah wajah negara Korea.

Sumber: Selasar

Bahaya Sekiranya Samsung Terjejas

Namun begitu, penguasaan ekonomi yang agak besar oleh Samsung sudah tentu akan membahayakan negara mereka. Bayangkan sekiranya syarikat Samsung mengalami kerugiaan besar sehingga menyebabkan bankrap, sudah pasti akan merencatkan ekonomi negara republik tersebut.

Belum lagi sekiranya terdapat pakatan mana-mana pihak yang melancarkan pemboikotan terhadap jenama Samsung seperti mana tekanan yang dilakukan oleh Trump kepada produk Huawei dari China.

Sudah pasti ia akan melumpuhkan ekonomi Samsung khususnya , dan ekonomi Korea amnya. Maka, Samsung merupakan aset penting bagi negara Korea yang perlu dipertahankan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Produk Samsung manakah yang anda rasakan terbaik?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN