Apa perasaan anda sekiranya terjumpa mayat? Seram, ngeri, takut dan meloyakan bukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya kita melalui sebuah ladang yang dipenuhi dengan mayat-mayat manusia yang dibiarkan terurai?

Sudah pastinya suasana yang tidak dapat dibayangkan? Tidak termasuk lagi bau-bau mayat yang sedang mereput dimamah ulat dan serangga, sudah pasti membuatkan anda berasa lebih loya.

Sumber: Doofenshmirtz

Tetapi itulah rutin harian yang perlu ditempuh setiap hari oleh pekerja-pekerja di Body Farm. Kawasan ini telah dibuka oleh Dr. William Bass pada tahun 1971 bagi melakukan penyelidikan ke atas proses penguraian manusia selepas diminta oleh pihak polis bagi membuat analisa mayat dalam kes-kes berkaitan jenayah.

Memetik artikel science howstuffworks, Body Farm secara rasminya telah dikenali sebagai University of Tenessee Anthropoly Forensic Facility, Amerika Syarikat sebagai pusat penyelidikan. Bermula dengan kawasan kecil berbekalkan satu mayat, kini ia berkembang menjadi kompleks besar tiga ekar yang mengandungi sebanyak 40 mayat individu pada satu-satu masa.

Sumber: Sengal Paranormal Team

Dari Mana Asalnya Mayat-Mayat Diambil?

Jika di Malaysia, sama ada mayat manusia itu mempunyai waris atau tidak ia tetap perlu disemadikan mengikut upacara agama mayat tersebut. Tetapi tidak bagi negara-negara luar. Di Thailand misalnya, mayat-mayat mangsa tragedi Tsunami yang tidak dituntut, masih lagi disimpan di rumah mayat.

Manakala di Amerika Syarikat (AS) pula, mayat-mayat yang tidak dituntut boleh diambil dari pejabat pemeriksa perubatan untuk tujuan kajian. Disebabkan Body Farm semakin mendapat nama bagi tujuan penyelidikan, ramai dalam kalangan penduduk AS mula berwasiat untuk mendermakan mayat mereka selepas mati. Tetapi bagi mereka mempunyai  penyakit HIV/AIDS mayat tersebut tidak akan diterima.

Bayangkan sahaja sebanyak 1700 mayat telah ditempatkan di tapak kajian, manakala sebanyak 4000 mayat lagi sedang dalam giliran menunggu. Punyalah sesak dan padat kawasan kajian ini. Belum lagi soal bau busuk mayat yang bermacam jenis.

Sumber: Sengal Paranormal Team

Konsep Penguraian Mayat Berbeza-Beza

Bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih menyeluruh, mayat-mayat yang terdapat di ladang ini akan ditempatkan dalam beberapa keadaan seperti dikebumikan, diletakkan di dalam air, diletakkan di dalam kereta, di dalam semak, di dalam sangkar dan sebagainya. Malah ada juga yang ditempatkan di kawasan iklim berbeza seperti di kawasan pergunungan Carolinas, dan kawasan berpasir.

Untuk memastikan kondisi mayat tersebut masih boleh dicam dalam jangka masa panjang, nombor pengenalan mayat akan diletakkan di setiap lokasi, dalam masa yang sama lokasi setiap mayat akan dipetakan dengan teliti bagi memudahkan carian di kemudian hari.

Sumber: Daily Miror

Sekiranya diberi peluang untuk memasuki kawasan ladang mayat ini, adakah anda sanggup untuk memasukinya? Dijamin 7 dari 10 belum tentu berani. Lainlah kalau anda merupakan ahli paranormal yang mengkaji perkara-perkara mistik.

Ada 6 Lagi Pusat Kajian Mayat Manusia Secara Ladang Di AS

Kajian lapangan seperti ini dilihat penting. Ini kerana pakar antropologi forensik cuba memahami dengan lebih lanjut bagaimana setiap anggota badan manusia mengurai. Maklumat-maklumat seperti ini dapat membantu menyelesaikan kes-kes bunuh diri, dan genosida. Dalam masa yang sama ia membantu kajian menjawab persoalan berkaitan bagaimana, bila dan di mana seseorang itu mati.

Difahamkan, terdapat enam lagi pusat penyelidikan mayat manusia secara ladang iaitu Western Carolina University, Texas State University, Sam Houstan State University, Southern Illinois University, Colorado Mesa University dan University of South Florida.

Kesemua hasil kajian dari pusat-pusat penyelidikan ini penting bagi tujuan perubatan, undang-undang dan pendidikan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah anda setuju sekiranya Malaysia mempunyai pusat penyelidikan mayat seperti di US?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN