Kejutan budaya atau ‘culture shock’ merupakan perasaan terkejut apabila seseorang itu terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan.  Ia timbul akibat kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

Banyak keadaan boleh menyebabkan seseorang itu terkena kejutan budaya seperti melawat ke tempat orang, masuk universiti, masuk ke tempat kerja baru dan tidak ketinggalan juga artis yang memasuki industri hiburan.

Itu yang berlaku kepada sebuah kumpulan nyanyian remaja popular tahun 2000 iaitu kumpulan Boboy yang mengakui ‘culture shock’ selepas mengecapi populariti seawal umur 13 tahun.

Perkara itu diakui vokalis kumpulan itu, iaitu Wan Naqiuddin Wan Najib atau dikenali sebagai Naqiu dalam satu temubual bersama Mstar.

 

Hilang Diri Atasi ‘Culture Shock’

Menurut Naqiu, populariti yang diterima pada zaman kegemilangan kumpulan itu menjadikan mereka mengalami kejutan budaya hingga mengambil keputusan untuk menghilangkan diri.

Ini kerana katanya, mereka gagal untuk menguruskan karier dengan baik terutama apabila mereka memiliki segala-galanya ketika itu seperti wang yang banyak dan peminat yang ramai.

sekadar gambar hiasan

Malah, ilmu tentang pengurusan dunia hiburan pun tiada dan membuatkan mereka bertindak untuk keluar dari industri muzik dan menghilang diri dari umum supaya mereka dapat belajar dan mendalami ilmu muzik terlebih dahulu.

Tidak dinafikan ramai artis yang mengalami masalah kejutan budaya dan mereka terus hanyut dengan kejayaan dan populariti sehingga akhirnya memusnahkan karier yang mereka bina sendiri.

 

Tindakan Yang Betul, Dapat Atasi Situasi Lebih Baik

Tindakan kumpulan Boboy keluar dari industri muzik untuk atasi masalah kejutan budaya itu sesuatu tindakan yang boleh disifatkan sebagai bijak.

Sekurang-kurangnya selama kehilangan mereka itu , mereka telah memperolehi ilmu dalam bidang muzik dan dapat digunakan pada masa ini.

Terutama Naqiu telah disenaraikan sebagai salah seorang penyanyi dari 13 orang yang bakal berentap dalam rancangan realiti ‘gegar vaganza’.

Sumber: Astro Gempak

Ternyata kemunculan semula Naqiu mewakili kumpulan Boboy sangat dinantikan oleh peminat mereka dan tidak mustahil akan menjadi fenomena sekali lagi.

Dengan adanya ilmu dan pengalaman, Naqiu dipercayai dapat mengendali situasi dengan lebih baik.

Jelasnya, keterlibatannya di dalam Gegar Vaganza musim ini adalah dari sokongan dan galakan ahli kumpulannya sendiri.

 

Boboy Fenomena Satu Ketika Dahulu

Kumpulan Boboy pernah menjadi kegilaan peminat apabila tampil dengan album sulung berjudul Episod Cinta pada tahun 2001.

Populariti kumpulan Boboy yang dianggotai Naqiu (penyanyi), Shah (gitar), Muz (gitar), Didie (bass) dan Acik (dram) ternyata mampu menggugat populariti beberapa kumpulan remaja lain antaranya New Boyz dan Spin ketika itu.

Walaupun menghilangkan diri dari industri muzik tanah air tetapi mereka tidak pernah meninggalkan minat di dalam bidang muzik. Mereka sering membuat persembahan di kelab ataupun majlis-majlis.

Kemunculan Naqiu di dalam rancangan Gegar Vaganza 6 kali ini diharap dapat menjadi batu loncatan kepada kumpulan ini untuk meneruskan minat dan mengembangkan bakat mereka di dalam industri muzik tempatan.  

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan kumpulan Boboy keluar dari industri hiburan kerana kejutan budaya tindakan tepat?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN