Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjangkakan bahawa rakyat akan mendesak supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam masa kurang dua tahun.

Ia berikutan kualiti hidup rakyat yang dilihat tidak bertambah baik apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara ketika ini.

Tambah beliau, rakyat juga dilihat tidak selesa dan tertekan dengan kerajaan yang ada pada hari ini kerana tidak mempunyai sebarang perubahan drastik terhadap dasar-dasar awam.

Apa yang dilakukan kerajaan pada hari ini hanyalah perubahan kosmetik dan kesinambungan daripada apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

 

Tak Wajar Hakimi PH Yang Hanya Tadbir Dalam Tempoh Setahun

Dalam isu ini, sekiranya mahu menghakimi kerajaan PH dalam masa setahun bagi memperbaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh BN adalah tidak wajar sama sekali.

PH masih mempunyai baki empat tahun untuk membuktikan kemampuannya. Perlu diingat, tidak semua dasar awam itu harus dilaksanakan pada kadar segera.

Sumber: Malaysiakini

Sekiranya mengambil pendekatan terburu-buru, pada akhirnya rakyat pula yang dikhuatiri akan terjejas dengan keputusan yang diambil itu.

Mereka perlu membuat kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang melibatkan negara asing terlebih dahulu.

Sekiranya sesuatu projek itu dilihat lebih menggandakan masalah kewangan kerajaan, mengapa ianya perlu diteruskan?

Apa yang pasti, kerajaan sangat berhati-hati mengorak langkah untuk memastikan setiap tindakan yang mereka lakukan itu adalah betul.

 

Rakyat Masih Beri Peluang Pada PH

Sumber: Sinar Harian

Biarpun ramai yang mempersoal kegagalan kerajaan dalam mengotakan janji yang masih belum terlaksana, tetapi rakyat masih lagi memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan kemampuannya.

Ketika ini, mungkin ada beberapa isu yang mungkin kita tidak puas hati terhadap kerajaan kini, tetapi berilah masa dan ruang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

Walaupun terdapat beberapa janji yang masih tidak dapat ditunaikan kerajaan PH namun ada perubahan drastik yang kita dapat lihat pada hari ini yang mana kerajaan komited dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa, selain menerapkan integriti dalam setiap lapisan masyarakat dalam era Malaysia Baharu ini.

 

Dalam Tempoh Setahun, PH Lakar 50 Pencapaian

Selain menunaikan sebahagian janji dalam manifesto, banyak lagi kejayaan lain PH berjaya laksanakan dalam tempoh setahun ini antaranya mengendalikan isu pinjaman wang dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mana kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM21 bilion.

Bukan itu sahaja, PH juga berjaya menyelesaikan masalah membabitkan Bandar Malaysia dimana projek tersebut diteruskan kerana projek itu mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi negara kita.

Sumber: Tanwir.my

Kita juga dapat lihat kejayaan PH yang berjaya menyusun semula serta menamatkan perkhidmatan yang bersifat bertindih antara beberapa agensi kerajaan dalam menjimatkan perbelanjaan kerajaan, menamatkan perkhidmatan beberapa pegawai tinggi (kontrak) yang menerajui beberapa agensi kerajaan termasuk Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Gabenor Bank Negara, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) dan menyelesaikan kemelut Tabung Haji (TH).

Selain itu, peruntukan RM3 bilion untuk melaksanakan tujuh projek di Kedah antaranya pembinaan Lapangan Terbang Kulim, lebuh raya koridor utara, Taman Perindustrian Petrokimia, hub Taman Industri Pembuatan dan Logistik dan perpustakaan digital.

Kerajaan juga tidak mengetepikan pembangunan kerajaan negeri yang di tadbir pembangkang apabila menyediakan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk Kelantan bagi melaksanakan lima projek iaitu menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail, menyiapkan Central Spine Road, jajaran baharu jalan raya Pasir Puteh, Machang, Jeli, Lebuhraya Rakyat 3 dan projek jambatan Palekbang yang terbengkalai sejak 23 tahun lalu.

Turut ditonjolkan pelaksanaan program i-suri, rebat bil elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga miskin dan miskin tegar berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih.

Kerajaan juga menetapkan harga siling RON95 pada harga RM2.08 seliter, bayaran bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan juga antara yang dilaksanakan di bawah pentadbiran PH.

Dalam masa sama, kerajaan juga menetapkan semula harga minimum getah sekerap pada kadar RM2.50 sekilogram berbanding sebelumnya RM2.20.

Turut dibantu, pekebun kecil RISDA yang menerima bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 dan dibayar dua kali pada Disember dan Januari lalu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Setahun pentadbiran PH, adakah anda berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan kerajaan pada hari ini?
17 votes · 17 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN