Kemalangan membabitkan treler besar , bas, lori, tangki minyak dan motorsikal bukanlah isu yang baru. Yang pastinya kemalangan sebegini selalunya akan berakhir dengan kematian kerana impak sesebuah insiden yang membabitkan dua kenderaan ini pastinya cukup besar dan ngeri.

Malang tidak berbau apabila baru baru ini sebuah kemalangan ngeri berlaku di depoh Pelabuhan  Barat, Pulau Indah apabila seorang lelaki berusia 31 tahun terlanggar sebuah treler yang membelok ke kiri dan diseret sepanjang lebih kurang 30 meter.

Mangsa yang dikejarkan ke HTAR disahkan meninggal ketika menerima rawatan kerana kecederaan parah yang dialami, walaupun mangsa dilihat cuba berdiri selepas dilanggar oleh treler tersebut.

 

Bahaya ‘Blindspot’, Punca Kemalangan

Rata-rata punca kemalangan yang berlaku adalah kerana wujudnya ‘blind spot’ menyebabkan kenderaan yang ingin menukar jalan mahupun membelok tidak nampak jika terdapat kenderaan mahupun motorsikal di sisi mereka.

Isu ‘blind spot’ ni sering diingatkan oleh pihak kerajaan dan badan-badan yang berkaitan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya tentang bahaya berada di kawasan ini.

Walaupun kereta mahupun motor mempunyai cermin sisi yang boleh menampakkan kenderaan di belakang namun terdapat beberapa sudut yang seolah-olah membutakan pandangan penunggang motor dan pemandu kenderaan seterusnya menyebabkan kemalangan.

Terutamanya bagi kenderaan besar seperti bas dan treler, lebih sukar untuk pemandu perasan jika terdapat kenderaan-kenderaan kecil di sisi mereka.

Selain itu, pemandu motorsikal terutamanya sering diingatkan untuk tidak bergerak seiring dengan kenderaan-kenderaan besar kerana apabila bas dan lori besar dipandu laju dan bergerak seiring dengan kelajuan angin boleh menyebabkan kenderaan lain samada motor atau kereta terkesan dan hilang keseimbangan.

Tambahan pula jika keadaan jalanraya licin kerana hujan ataupun terdapat sebarang tumpahan minyak pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mengelak sebarang kemalangan daripada berlaku adalah dengan sentiasa elak daripada berada disisi kenderaan dan memberi lampu ataupun membunyikan hon supaya disebelah sedar tentang kedudukan anda.

Memang tidak dapat dinafikan, jika ingin berlaku pasti akan berlaku juga namun ada yang boleh kita lakukan bagi mencegah kemalangan dari berlaku.

Selain itu, antara langkah lain yang boleh diambil bagi mengelak sebarang kemalangan adalah dengan menggunakan cermin sisi khas yang bersaiz kecil untk diletakkan di cermin sisi utama kenderaan anda. Sudut penglihatannya menjadikan kenderaan-kenderaan lain mudah untuk dilihat.

Kemalangan jiwa yang melibatkan kenderaan-kenderaan besar selalunya pasti berakhir dengan tragedi yang mengerikan. Ada yang kehilangan nyawa, ada juga yang mengalami kecacatan kekal seperti hilang anggota badan kerana dilenyek oleh kenderaan-kenderaan berat ini.

Sebagai seorang warga yang prihatin, sentiasa  mainkan peranan anda dengan mengingati ahli keluarga dan sahabat anda supaya mereka jadi lebih peka ketika berada di jalan raya. Keprihatinan anda mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, salah siapa kejadian ini berlaku?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN