Susah juga jadinya apabila semua benda hendak ditayangkan di media sosial. Namun, mengenali sikap usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri, segalanya boleh terjadi.

 

 

Baru-baru ini, Aliff sekali lagi dijadikan bahan kecaman netizen apabila beliau tanpa segan silu menayangkan gambar seluar dalam berjenama Versace di laman Instagramnya.

Dalam perkongsian itu, Aliff turut memberitahu jika dahulu dia hanya memakai seluar dalam murah, namun berkat hasil usahanya dalam bidang perniagaan telah membolehkan dia memiliki barangan berjenama termasuk seluar dalam berjenama hasil titik peluhnya.

 

Tayang Seluar Dalam Atas Permintaan Ramai

Foto yang dikongsikan Aliff itu telah mencuri tumpuan netizen yang rata-ratanya menganggap gambar pakaian dalam itu tidak wajar untuk dikongsikan pada umum.

Sumber: BeautifulNara

Difahamkan juga, Aliff memuat naik foto tersebut di media sosial atas permintaan ramai yang teringin mengetahui jenama seluar dalam yang dipakainya.

Namun, netizen tidak mempercayai kata-kata Aliff dan mengatakan tiada siapa yang berminat dan menyuruh Aliff untuk menunjukkan jenis seluar dalam yang dipakainya.

Sebaliknya, menyifatkan tindakannya itu sebagai terlalu riak dan keterlaluan dalam menunjukkan kekayaan.

 

 

Kena Tegur Dengan Ibu Sendiri

Sumber: CelotehSaje

Bukan sahaja netizen, ibu Aliff sendiri, Rozita Ibrahim turut meninggalkan komen dengan menegur sikap anaknya itu.

Bagaimanapun Aliff memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas komen ibunya itu.

Bukan itu sahaja, selebriti lain seperti Wak Doyok serta Aeril Zafrel juga tidak ketinggalan meninggalkan komen yang rata-ratanya terhibur dengan tindakan Aliff.

 

 

 

Apa-Apa Pun Fikir Dahulu Sebelum Memuat Naik Sesuatu

Biarpun kaya dan memakai barangan mahal sekalipun, tidak perlu rasanya nak tunjuk seluar dalam kepada umum yang sama sekali boleh mengundang perasaan kurang menyenangkan dalam kalangan masyarakat.

Jagalah sensitiviti dan jangan terlalu menunjuk. Bila dikecam nanti, jangan pula melenting dan salahkan netizen pula.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, kita sama sekali punya adab dan sensitiviti yang perlu dijaga lebih-lebih lagi apabila anda seorang ‘influencer’ di media sosial yang memiliki ramai pengikut antaranya orang muda.

Kalau hendak beri inspirasi sekalipun, banyak sahaja cara lain yang boleh digunakan daripada menayangkan gambar seluar dalam yang sama sekali bersifat ‘peribadi’.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai tindakan Aliff ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN