Baru-baru ini timbul isu mengenai habitat biawak komodo yang dikatakan hampir pupus disebabkan jumlah populasinya semakin berkurangan setiap tahun.

Sumber: detikNews

Sehinggakan pemerintah Nusa Tenggara Timur (NTT) bercadang untuk menutup lokasi pelancongan Taman Nasional Komodo selama setahun untuk meningkatkan semula populasi haiwan purba itu.

Di Indonesia, negara mereka cukup terkenal dengan habitat biawak komodo atau ‘naga’ yang dikatakan biawak paling terbesar di dunia.

Untuk memelihara habitat tersebut, dua jenis pulau iaitu Pulau Komodo dan Pulau Rinca dijadikan satu-satunya lokasi yang memberi peluang kepada pelawat untuk melihat habitat asal biawak komodo ini.

Sumber: rojakdaily.com

Sama seperti Malaysia, negara kita juga cukup terkenal dengan habitat Harimau Malaya tetapi sayangnya, habitat ini dilihat semakin diancam kepupusan kerana kurangnya langkah-langkah pemuliharaan terhadap haiwan tersebut.

 

Desak Kerajaan Lakukan Sesuatu Terhadap Habitat Harimau Malaya

Jika Indonesia boleh menutup lokasi pelancongan Taman Nasional Komodo selama setahun daripada pengunjung untuk melindungi serta memelihara haiwan tersebut daripada pupus, mengapa Malaysia tidak mengambil langkah yang sama?

Persoalan tersebut rata-ratanya dituju netizen di media sosial yang mengharap supaya kerajaan Malaysia turut sama bertindak terhadap populasi Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan kini.

Sumber: Kosmo

Sejak dahulu lagi, isu mengenai habitat Harimau Melaya kerap kali dibincangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) namun sehingga ke hari ini,  habitat tersebut masih berdepan dengan risiko sangat tinggi untuk pupus.

Di Malaysia, bukan sahaja Harimau Malaya sahaja yang diancam kepupusan malah habitat lain seperti Orang Utan dan Tapir Malaya turut sama diancam kepupusan.

Jadi, sudah tiba masanya untuk pihak perhilitan serta zoo bertindak sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Indonesia untuk menjalankan lebih banyak program pembiakan untuk tujuan pemuliharaan terhadap habitat ini.

 

Populasi Harimau Malaya Cepat Berkurangan 

Sejak dahulu lagi, isu mengenai habitat Harimau Malaya hangat dibincangkan memandangkan populasinya yang cepat berkurangan.

Sejak tahun 1950-an lagi, bilangan Harimau Malaya dianggarkan sebanyak 3,000 ekor namun pada tahun 2013, habitat tersebut berkurangan antara 250 hingga 340 ekor sahaja.

Walaupun sebahagian besar habitat tersebut masih lagi berkeliaran di sesetengah hutan seperti Taman Negara, Kompleks Hutan Endau-Rompin dan Kompleks Hutan Belum-Temenggor namun habitat ini masih diancam kepupusan sehingga diletakkan dalam senarai spesis terancam pada tahun 2008.

Sumber: mforum.cari.com.my

Ditambah pula dengan aktiviti pemburu haram yang memburu haiwan ini untuk dijual selain daging dan kulitnya mempunyai khasiat tertentu dalam bidang perubatan tradisional sehingga kerap kali mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap.

Dalam hal ini, mungkin ada pihak tidak ambil kisah sekiranya haiwan ini pupus.

Namun, perlu diingat bahawa Harimau Malaya cukup penting kepada Malaysia sebagai simbol kekuatan dan keberanian.

Maka, tidak hairanlah Harimau Malaya ini kerap digunakan pada beberapa lambang Persekutuan dan negeri serta sebagai logo syarikat korporat seperti Maybank dan juga Proton.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Malaysia juga mengikuti cara yang sama dengan menutup sesetengah hutan seperti Taman Negara, Kompleks Hutan Endau-Rompin dan Kompleks Hutan Belum-Temenggor dalam usaha meningkatkan jumlah populasi Harimau Malaya?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN