Sejak keluaran Apple Inc terbaru iaitu iPhone 11 tiba di Malaysia, pelbagai kisah para pembeli tular di media sosial.

Disebalik keghairahan orang ramai membeli keluaran terbaru model itu, ada juga segelintir daripada orang kita ini yang dilihat kurang senang dengan kemewahan orang lain.

Turut terkena tempiasnya, seorang warga emas yang menjadi pelanggan pertama iPhone 11 Pro Max di sebuah kedai telefon di Kota Bharu, Kelantan selepas dikongsi pihak pengedar di media sosial dan menarik perhatian ramai.

 

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Disebabkan fizikalnya yang kelihatan sudah berusia dan memakai kopiah, sudah tentu ada ‘suara sumbang’ yang meminta agar beliau menghabiskan sahaja wang ringgit untuk menunaikan umrah.

Sumber: @SwitchTM

Disebalik tweet yang dikongsikan Switch Apple Mac itu, nampaknya terdapat netizen yang dilihat tidak senang hati dengan tindakan warga emas ini yang membeli iPhone baru lantas memuat naik pelbagai komen yang seakan-akan menyindir.

Sumber: @SwitchTM

Disebalik kecaman itu, terdapat juga netizen lain yang berkongsi latar belakang warga emas ini yang mana beliau sebenarnya merupakan seorang doktor pakar sakit puan di sebuah hospital swasta di negeri itu, bergaji tinggi dan bukan calang-calang orang! 

Malah, beberapa pengguna laman Twitter mendedahkan bahawa banyak sebenarnya jasa yang beliau sudah sumbangkan selama ini lebih-lebih lagi kepada pesakit yang pernah mendapat rawatan daripadanya. 

 

Jangan Cepat Hukum Seseorang

Sejurus selepas beberapa netizen memuat naik tweet mengenai doktor tersebut, dapat dilihat pandangan orang ramai terhadap pembelian iPhone dengan harga tinggi ini berubah apabila mengetahui status beliau yang lebih daripada mampu untuk memiliki telefon secanggih ini.

Itulah orang kata, selalunya orang yang suka berprasangka buruk terhadap orang lain, buruk padahnya. Daripada satu kecaman yang dibuat terhadap beliau, tuhan datangkan beribu pujian terhadap individu ini. 

Sumber: I Am Lejen

Apa-apa pun pengajarannya di sini, janganlah kita cepat menghukum seseorang itu dari segi luaran. Mentang-mentang lah individu itu memakai kopiah sambil membeli iPhone, terus kena cop yang bukan-bukan.

Jika kita tidak tahu peribadi seseorang jangan menegur atau menghina kecuali ada sebab kukuh yang membuatkan anda terpaksa menegurnya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai kisah ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN