Seram betul apabila ada yang mengatakan wujud virus zombie dan boleh merebak ke badan-badan manusia.
Adakah betul-betul wujud atau hanya cerita dongengan semata- mata bagi menakutkan manusia di seluruh negara?
Jangan main-main dengan perkara sebegini kerana persepsi manusia akan memikirkan nanti ada zombie makan manusia dan berjangkit seorang demi seorang, negara huru hara, tiada bantuan diberikan. Macam dalam filem pula.
Β
Memang Wujud Virus Zombie
Sejenis penyakit pelik yang digelar zombie menyerang beberapa haiwan di Amerika Syarikat (AS) dan dibimbangi boleh berjangkit kepada manusia.
Dikenali sebagai Chronic Wasting Disease (CWD), ia telah menyerang beberapa spesis rusa di 24 negeri AS termasuk dua daerah di Kanada.
Virus itu menyerang otak, saraf tunjang dan tisu badan sebelum menyebabkan kematian.
Antara simpton serangan itu termasuklah hilang berat badan, kurang koordinasi dan menjadi terlalu agresif.
Β
Boleh Serang Manusia
Menurut Pengarah di Pusat Penyelidikan Jangkitan Penyakit Universiti Minnesota, Michael Osterhold, tidak mustahil penyakit dan virus ini boleh menyerang manusia dalam beberapa tahun akan datang.
Beliau juga bimbang ia tidak lagi akan menjadi kes terpencil dan meminta orang ramai lebih berhati-hati kerana tidak mahu ada kes pertama yang berlaku nanti.
Ia boleh berlaku kepada manusia apabila memakan daging rusa berkenaan dan mengikut anggaran sekitar 150,000 ekor rusa dimakan oleh penduduk AS setiap tahun.
Β
Macam Filem Train To Busan
Siapa pernah tengok filem seram Korea Selatan tahun 2016 diarahkan oleh Yeon Sang-ho. Filem ini dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu-mi dan Ma Dong-seok.
Filem ini ceritanya bermula tentang bencana virus yang terjadi di Korea Selatan. Orang-orang yang diserang virus tersebut akan menjadi zombie dan menyerang orang lain yang tidak dijangkiti virus tersebut.
Pada permulaan cerita pun, seekor rusa telah dijangkiti virus yang masih belum diketahui puncanya, lama kelamaan ia menjangkiti manusia dan menyerang manusia lain dan membentuk sekumpulan manusia zombie yang begitu ramai yang agresif dan tidak terkawal.
Pasti ramai yang akan mengaitkan apa yang dikatakan pengarah penyelidik itu dengan filem ini.
Semakin seram pula kalau betul-betul terjadi. Diharapkan penyelidik itu menemui penawar virus berkenaan dan tidak betullah jika ia adalah virus zombie.
Β
Apa Beza Virus Rabies Pula?
Pensyarah Kanan, Program Sains Bioperubatan dan Pusat Sains Kesihatan dan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Yap Wei Boon, berkata,Β anjing yang dijangkiti virus rabies biasanya akan berkelakuan agresif dan ganas kerana kerosakan sistem saraf pusat.
Apabila anjing yang dijangkiti itu kembali semula ke tempat kediaman manusia, ia mudah menyerang manusia atau haiwan lain yang berkeliaran di sekelilingnya.
Virus ini boleh merebak berlaku daripada anjing kepada anjing atau haiwan liar lain dan manusia menerusi gigitan.
Haiwan peliharaan lain seperti kucing yang mempunyai kekerapan berinteraksi dengan anjing liar juga boleh menjangkitkan virus rabies pada manusia.
Info: Sejarah rabies
- Berdasar maklumat Kementerian Kesihatan rabies dikesan seawal 1884, namun hanya direkod pada 1924.
- Dalam tempoh 1996 sehingga 1999, kejadian rabies kepada manusia yang terakhir direkod adalah pada 1998
- Rabies kepada haiwan kali terakhir direkod pada 1999.
- Pada 1996 sehingga 1999, rabies muncul semula dalam manusia dan haiwan.
- Pada 2012, Malaysia diberi status βbebas rabiesβ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dan difahamkan anjing dijangkiti virus ini akan menyerang semula jika dipukul tidak mati. Dikatakan perlu pukul dikepala dengan kayu yang betul-betul keras, kalau tidak akan diserang seperti zombie.
Rawatan Yang Diperlukan
Dr Yap berkata, individu yang berisiko tinggi disarankan mengambil vaksin rabies (pre-exposure vaccination) bagi mengelakkan jangkitan.
Katanya, saranan pengambilan vaksin itu dilihat lebih memudahkan pengendalian jangkitan rabies.
Beliau mahu rawatan segera amat diperlukan agar kebarangkalian untuk mengelakkan virus merebak ke sistem saraf pusat tinggi.
Katanya, sekiranya positif rabies, rawatan secara lengkap boleh diberikan bagi mengelakkan virus itu merebak ke sistem saraf pusat yang boleh mengakibatkan kematian.
Tempoh pengawasan terhadap individu terkena gigitan memerlukan tempoh pengawasan patuh selama 10 hari sehingga haiwan itu dibuktikan negatif rabies.
Β
Β
Β
Β
KATA ORANG
how humans are gonna act after getting the zombie deer virus pic.twitter.com/2alLMe3T9m
— ππππ ππ π¦π£ππππ (@odetoadna) February 17, 2019
Deer zombie virus could also affect humans? wtf
— Azwraith (@MLVGaribay) February 16, 2019
"Zombie Deer Virus ampota HAHAHAHA" - Dr. Hipo (( rt if u want the best extensive research in the Resident Evil uNiVerS3 ))
— PaoLUL (@PaoLUL_) February 19, 2019
so about this whole deer zombie virus thing...how are we gonna survive this as a whole planet? should we just wipe out the deers (especially those who are infected) before it spreads even more ?? this is a very serious matter and i hope more people pay attention to it !!!
— - j β‘ talent - (@flxwerjjj) February 18, 2019