Seorang pengguna Twitter Azrul Mohd Khalib telah memuat naik gambar dari buku teks yang memaparkan watak kanak-kanak perempuan bernama ‘Amira’ dan kepentingan “menjaga kehormatan anggota seksual”.
Pada muka surat itu, digambarkan “cara” dan “kesan” penjagaan kehormatan anggota seksual.
Pada bahagian “cara”, dinyatakan tiga perkara iaitu memakai pakaian sopan, menutup pintu bilik ketika menyalin pakaian dan tidak melalui jalan sunyi.
Pada bahagian “kesan” pula, dinyatakan tiga perkara iaitu mendapat malu dan emosi terganggu, tidak disukai rakan, dan maruah keluarga tercalar.
Katanya sikap menyalahkan mangsa tidak boleh diterima. Bukan saja ia meletakkan tanggungjawab mengelakkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak perempuan itu, tetapi juga memberi gambaran bahawa dia turut merupakan faktor gangguan seksual terjadi.
Azrul turut menujukannya kepada akaun Twitter Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Akan Dikaji Dan Diperbetulkan
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching memberi jaminan pihaknya akan mengambil tindakan berhubung buku teks sekolah rendah yang didakwa mempunyai kandungan yang berunsur menyalahkan mangsa berhubung “penjagaan kehormatan anggota seksual”.
Dalam pada itu dalam kenyataanya di Facebook, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang mengutarakan perkara ini untuk perhatiannya.
Ulasnya,mangsa tidak sepatutnya dipersalahkan. Tindakan susulan untuk membetulkan perkara ini akan diambil secepat mungkin.
Beliau berharap pendidikan yang betul dapat disalurkan dengan baik kepada anak-anak mereka.
Beri Kesan Buruk Pada Anak-Anak
Berhubung isu itu, ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain, dengan rata-rata menyatakan pendapat serupa dan mempersoalkan sama ada buku teks berkenaan mengandungi pengajaran kepada kanak-kanak lelaki untuk menghormati wanita.
Buku ini letak ‘tidak disukai rakan’ dan ‘maruah keluarga tercalar’ sebagai akibat dan kesan buruk pada mangsa sebab ‘tidak jaga diri’.
Perkara ini akan membuatkan pelajar yang dianiaya tidak akan membuat aduan atau laporan berhubung gangguan seksual kerana takut memalukan keluarga dan dirinya sendiri.
Kesan buruk itu akan terkena kepada mangsa sahaja, sepatutnya kesan buruk juga perlu ditunjukkan kepada orang yang mengambil kesempatan.
Cetak Semula Buku Hanya Pembaziran
Sudah pasti ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk mencetak semula buku teks berkenaan.
Ini satu pembaziran yang jelas berlaku. Siapa yang akan mendapat tender untuk mencetak semula buku ini?
Persoalan ini dibangkitkan kerana tidak mahu kerajaan hari ini seperti kerajaan terdahulu yang terus menerus mengkayakan kroni-kroni mereka.
Atau adakah perkara ini disengajakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan daripada pihak kerajaan?
Sepatutnya tidak boleh berlaku kesilapan seperti ini, pihak kementerian sepatutnya menyemak terlebih dahulu dan ikut SOP pembelajaran mengikut standard pembelajaran pelajar-pelajar di negara ini.
KATA ORANG
Masyuk lagi!!
— RameshRaoAKS****** (@RameshRaoAKS) January 15, 2019
Disengajakan untuk Cari Keuntungan Segera buat Kroni!! Perlu Dicetak semula dengan Kos Ratusan juta. @SPRMMalaysia
Siasat!! Jangan Tidur!! @NajibRazak
Buku teks ajar 'salahkan mangsa' akan diperbetul - Timb menteri pendidikan https://t.co/jzdf713ctv
Terima kasih atas respon pantas YB @TeoNieChing. Seperti yang dicadangkan, @KemPendidikan digesa merujuk masyarakat madani yang sesuai untuk perbetulkan masalah ini. https://t.co/LyC55DsZQF
— COMANGO (@uprmalaysia) January 16, 2019
Kenapa ajar budak budak sekolah untuk salahkan mangsa sexual harassment?
— Sara. (@sararinity) January 15, 2019
Kenapa tak ajar pasal consent? Kenapa tak ajar pasal what constitutes as bad/inappropriate touching? Kenapa tak ajar pasal apa kena buat kalau they are in that situation?
Buku untuk darjah 3, jadi isinya harus menyuruh apa tindakan yg betul sebagai budak darjah 3. Yes point kau nak cakap jangan letakkan mangsa sebagai punca kes sexual harrasment tetapi sebagai budak darjah 3 mampukah dia berfikir utk salahkan perogol at the first place?
— rashiduan (@rashiduan) January 14, 2019