Felda membuat laporan polis pada Isnin lalu, mendakwa ditipu Datuk Seri Najib Razak untuk melaburkan AS$505 juta bersamaan RM2.3 bilion dalam firma perladangan Indonesia yang dimiliki rakan bekas perdana menteri itu.

Sumber:FMT

Dalam laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar berkata wang dibayar untuk memperoleh 37% saham dalam Eagle High Plantations TBK (EHP) adalah 344% lebih daripada nilai sebenar iaitu AS$114 juta.

Sumber:BiografiKu.com

EHP adalah sebahagian daripada Rajawali Group milik Peter Sondakh, yang Othman dakwa sebagai rakan rapat Najib.

Najib Paksa Felda Beli Ladang Rakan Rapatnya

Menurut Othman, Felda mengambil pinjaman RM4.8 bilion untuk membiayai perjanjian daripada GovCo Holdings Bhd (GovCo), anak syarikat kementerian kewangan yang diketuai Najib sebelum ini.

Hasil daripada pembelian RM2.3 bilion oleh Felda, ia mengalami kerugian apabila nilai pembelian itu merosot kepada hanya RM555 juta hingga bulan lepas.

Sumber:The Star

Pada 2015, Najib mengarahkan Felda, melalui syarikat pelbagai tujuan FIC Properties Sdn Bhd untuk melabor dalam EHP selepas didekati FGV Bhd milik Felda, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Sumber:suara tv

Othman berkata, perjanjian itu ditandatangani pengerusi Felda ketika itu, Isa Samad, adalah “berat sebelah” dan “berisiko”, sambil menambah EHP mempunyai hutang AS$547.4 juta pada 2014 dan libiliti AS4676.9 juta pada 2016.

Tidak Ada RSPO

Manakala syarikat berkenaan tiada kreditasi minyak sawit yang mampan dan tidak mampu mendapatkan pensijilan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) walaupun selepas 10 tahun.

Sumber:nst.com.my

Felda mempertahankan perjanjian tersebut 2 tahun lalu dengan alasan ia memerlukan “rakan tempatan yang kuat untuk merealisasikan rancangan perniagaannya untuk berkembang ke Indonesia”.

Memandangkan Kumpulan Rajawali merupakan antara syarikat konglomerat terbesar di Indonesia, ia menjadi rakan yang sangat dicari bukan sahaja dalam sektor peladangan, malah lain-lain perniagaan berkaitan.

Awal tahun ini dilaporkan Felda berusaha untuk menjual sahamnya dalam EHP.

Najib Nafi Laporan Felda

Berhubung isu ini, Najib dalam posting di Facebooknya membidas dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Pada awal Februari, Najib dalam kenyataannya itu mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mendedahkan “Put Option” untuk perjanjian pembelian ini tetapi mereka didakwa membisu.

Sumber: FB Najib Razak

Ulas Najib, pembelian itu dilengkapi dengan ‘put option’ yang membolehkan Felda menjual semula kepentingan 37% ekuiti itu pada harga beli asal bersama dengan caj faedah tahunan 6% ditanggung oleh penjual Indonesia itu (Peter Sondakh kawan rapat Najib).

Dalam erti kata lain, jelas Najib, kalau Felda tak mahu teruskan pelaburan itu, boleh tuntut balik semua wang yang sudah dibayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.

Wang yang dibayar sebelum ini juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.

Najib Dakwa Kerajaan Masih Dapat Untung

Najib nampaknya sudah membuat kira-kira sekiranya Felda dapat dipulihkan dan pelaburan ada, kerajaan akan dapat untung lagi.

Memanglah, mana-mana pelaburan yang masuk, Felda dapat dipulihkan, ekonomi peneroka akan lebih baik. Masalahnya kewangan Felda hilang dan nasib peneroka Felda masih tidak terbela kerana penyelewengan dibawah pemerintahan Najib sebelum ini.

Sumber: FB Najib Razak

Kata Najib, kerajaan masih untung jika Felda jual balik kerana faedah yang dikenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.

Wang Rakyat Terpelihara

Dengan menjual balik apa yang telah dibeli sebelum ini, ulas Najib, wang rakyat tetap terpelihara dan Felda tidak akan mengalami kerugian.

Dan dengan itu, kononnya ia menepis tohmahan PH bahawa Felda rugi kerana membeli pegangan dalam PT Eagle High.

Propaganda Yang Sengaja Diwujudkan PH

Seperti kebiasaannya, apabila tiba musim pilihanraya, propaganda demi propaganda diwujudkan bagi menyerang seseorang itu.

Dan itulah juga yang diperkatakan Najib bahawa ini adalah propaganda yang sengaja diwujudkan kerajaan bani menyerang dan menjatuhkan karier politiknya di negara ini.

Namun, harus diingat bahawa mana-mana parti pun akan wujudkan propaganda yang ingin menjatuhkan lawannya, sama juga seperti Umno dan BN.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN