Kebiasannya bagi pasangan yang setahun lebih berkahwin, mereka akan mengalami perubahan dari segi kehidupan dan bentuk fizikal mereka.

Sumber: keluarga

Mungkin terlalu sibuk menguruskan anak yang masih kecil jika dikurniakan anak kan? Bagi mereka yang masih tidak mempunyai anak, banyak masa dihabiskan bersama pasangan seperti pergi berbulan madu.

Sumber: Pesona Pengantin

Apabila pulang ke kampung berjumpa dengan sanak saudara, ada sahaja perkataan yang keluar, “Wah! gemuknya sekarang, bahagia sangat ke?”, “Isteri asyik masak sedap-sedap sampai gemuk macam ini sekali ke?”.

Tahukan anda, ada saintis yang membuat kajian mengesahkan bahawa pasangan yang gemuk ini merupakan pasangan yang sangat bahagia dalam perhubungan.

 

Empat Tahun Tunjuk Perubahan

Sebenarnya terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan pasangan itu bahagia. Mereka sayang antara satu sama yang lain, jujur, bersikap terbuka, saling menghormati dan mengambil berat dengan keperluan masing-masing.

Sumber:Maskulin

Namun, sekumpulan saintis dari Southern Methodist University yang menjalankan kajian ke atas 169 pasangan yang baru berkahwin selama tempoh empat tahun telah merekodkan berat mereka.

Selain itu, memetik sumber dari The Hearthy Soul, di dalam kajian yang sama juga telah merekodkan tinggi, kepuasan, tekanan dan juga keputusan untuk bercerai.

Ini bukan alasan anda untuk gemuk ok! Kena jaga kesihatan dan pemakanan yang sihat supaya dapat hidup bersama dengan orang yang kita sayang.

 

Kurus Kurang Bahagia

Bagi pasangan yang berat badan mereka tidak bertambah pula mempunyai peratus yang tinggi untuk berpisah.

Ia dikaitkan dengan teori bahawa mereka cuba untuk menarik perhatian pasangan baru. Berbeza dengan mereka yang bahagia dalam perhubungan, golongan ini kebanyakkannya tidak kisah lagi dengan penampilan diri sendiri.

Sumber: Detik Health

Sementara itu, satu kajian yang dibuat oleh Universiti Queensland, Australia juga telah memberikan contoh yang lain.

Selepas menjejaki 15,000 orang selama 10 tahun, pengkaji mendapati secara purata, mereka yang berada dalam hubungan adalah 5.7 kg lebih berat daripada mereja yang bujang.

Orang yang mempunyai pasangan juga naik berat badan sebanyak 1.7 kg setiap tahun.

 

Sudah Gemuk Sebelum Kahwin

Namun, ada yang merasakan kajian tersebut berasas dan kajian yang dilakukan adalah benar. Rata-rata pasangan yang berkahwin dalam tempoh empat hingga lima tahun sememangnya akan mengalami peningkatan berat badan yang mendadak.

Sumber:Brilio.net

Namun, bagaimana pula bagi pasangan yang sudah mempunyai berat badan berlebihan sebelum berkahwin? Pasangan sebegini mah dikategorikan sebagai pasangan yang seperti mana?

Sebenaranya kebahagian dalam perkahwinan bukanlah diukur pada berat badan pasangan tetapi melibatkan tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan baik, jaga hati pasangan dan saling menyayangi antara satu sama yang lain.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya bahawa kebahagian dalam sesebuah perkahwinan diukur pada berat badan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN