Bila sebut kawasan pedalaman, ada sesetengah guru tidak sanggup berdepan dengan segala cabaran dan kekurangan sekolah.

Sumber: Sinar Harian

Namun berbeza dengan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang yang bukan sahaja perlu bergelumang dengan lumpur sebagai cabaran tetapi turut melakukan tugas seperti memandikan murid, membersihkan kelas selepas murid terbuang air kecil dan besar dalam kelas serta membasmi kutu di kepala.

Apa yang dilakukan guru ini sama sekali menarik perhatian netizen atas usaha murni mereka yang sanggup melakukan tugas sebegini walaupun bukan berada di dalam bidang kerja mereka.

 

Salah Satu Cara Untuk Dekati Anak Orang Asli

Sumber: Sinar Harian

Menurut guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut, Mohd Faizul Nazwan Foizi, mengatakan  situasi itu sudah hampir dua tahun dilaluinya sejak berkhidmat di sekolah pedalaman itu.

Walaupun situasi itu tidak pernah dilalui oleh rakan-rakan guru di bandar, namun itulah salah satu cara untuk menyelami kehidupan masyarakat orang asli dengan lebih dekat.

Umum kita tahu, kebanyakan anak-anak Orang Asli tidak mudah mesra terhadap orang lain. Jadi, dengan cara sebegini, secara tidak langsung boleh mendekati mereka.

 

Mendapat Pujian Netizen

Rata-rata netizen di media sosial dilihat tidak henti-henti memuji tindakan yang dilakukan guru ini memandangkan mereka mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan kesihatan dan kebersihan murid Orang Asli terjaga.

Bukan senang hendak berjumpa guru sebegini kerana bagi yang tidak biasa, mereka mungkin akan berasa geli dan sebagainya.

Andai bukan guru, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga kebajikan murid Orang Asli memandangkan sebahagian besarnya jarang ke bandar untuk mendapatkan rawatan atau membeli ubat membasmi kutu.

 

Wajar Dijadikan Contoh Buat Sekolah Lain

Sumber: Sinar Harian

Jika melihat kepada pengalaman guru-guru yang mengajar di sekolah pedalaman terutama masyarakat Orang Asli, memang akan ada murid yang tidak memotong kuku, berkudis, berbau hamis kerana tidak mandi, menggosok gigi dan sebagainya.

Bayangkan sahaja ketidakselesaan yang terpaksa dihadapi murid itu untuk belajar. Andai guru tidak mengambil inisiatif sebegini, berkemungkinan besar kesemua murid akan dijangkiti dengan kutu dan memberi kesan terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran.

Apa yang dilakukan guru ini wajar dijadikan contoh buat guru yang mengajar di sekolah pedalaman yang lain untuk terus menabur bakti dan memberi dorongan kepada masyarakat Orang Asli untuk memperoleh kualiti hidup yang lebih baik seperti masyarakat luar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan guru ini wajar dijadikan contoh buat guru di sekolah lain untuk terus menabur bakti buat anak bangsa mereka?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN