Seni berzanji dan juga marhaban merupakan salah satu seni suara warisan Islam yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Kebiasaannya, seni berzanji dan marhaban ini dapat dilihat di dalam majlis tertentu seperti menyambut kelahiran bayi, mencukur jambul, berkhatan, perkahwinan dan maulid nabi.

sumber: perpaduan

Namun, amalan berzanji dan marhaban ini semakin dilupakan dan amat jarang sekali untuk kita lihat mereka yang mempersembahkan seni ini kerana masyarakat Melayu Islam tidak lagi menganggap ia sebagai satu perkara yang penting.

 

Mengapa Semakin Dilupakan

Amalan berzanji dan marhaban mula diperkenalkan kepada masyarakat Melayu Islam sejak kedatangan Islam lagi dan masyarakat Melayu pada ketika itu bukan sahaja menjadikannya sebagai satu budaya malah meletakkan kepentingan itu seperti amalan keagamaan lain.

sumber: google

Amalan ini dilihat semakin dipinggirkan kerana ia tidak menjadi kemestian untuk diadakan dalam majlis seperti perkahwinan dan tidak lagi digunakan sebagai memeriahkan majlis.

Menurut tokoh berzanji, Datuk Hassan Azhari berkata dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan amalan berzanji ini sebagai bidaah merupakan punca mengapa hilangnya minat masyarakat terhadap seni suara ini.

sumber: google

Bukan itu sahaja, bilangan ahli berzanji juga semakin berkurangan di mana kurangnya penglibatan anak muda dan kebiasaannya dipersembahkan oleh golongan wanita.

 

Segelintir Masyarakat Menolaknya

Sesetengah golongan berpendapat bahawa berzanji dan marhaban ini bukanlah satu ibadah khusus dan dilihat memuji Baginda Rasulullah secara berlebih-lebihan.

Bagi Datuk Hassan, beliau menggangap amalan ini sebagai antara syariat Islam kerana dalam berzanji kita mengingat, berselawat dan memuji Rasulullah.

Di dalam Islam juga kita dituntut untuk berselawat ke atas nabi dan walaupun berzanji ini tidak ada di zaman Rasulullah tetapi ia tidak salah untuk dilakukan kerana ia merupakan satu perkara yang baik.

 

Seni Warisan Yang Perlu Dipertahankan

Seni suara berzanji dan marhaban merupakan satu pengisian kepada majis-majlis yang diadakan. Ia juga berperanan untuk menceriakan dan memeriahkan sesebuah majlis yang diadakan dengan alunan seni berzanji dan marhaban.

sumber: google

Bagi masyarakat Melayu dahulu, sebuah majlis dirasakan tidak lengkap jika tidak disertakan dengan pengisian berzanji dan juga marhaban.

Mengadakannya bermakna satu usaha untuk terus menghidupkan seni warisan ini lebih-lebih lagi amalan berzanji dan marhaban dilihat semakin dilupakan terutamanya oleh generasi baru pada hari ini.

Sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan serta sejarahnya, rakyat malaysia harus memelihara dan memulihara warisan agar tidak hilang dek arus pembangunan. Bukan itu sahaja, seni warisan Melayu memainkan peranan yang amat penting dalam membina cara hidup yang sejahtera.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah persembahan berzanji dan marhaban ini tidak lagi relevan pada masa kini?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN