Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah rakaman anak beruang matahari yang dipercayai dikurung di dalam sebuah rumah jenis kondominium di ibu negara hasil maklumat awam.

Hasil pemeriksaan mendapati beruang itu dipelihara seorang penyanyi rock, Zarith Sofia Yasin tanpa dokumen sah daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang menyebabkan haiwan itu dirampas.

Walaupun haiwan itu dirampas, penyanyi rock berkenaan terus dilihat tidak henti-henti merayu pihak berkuasa supaya tidak merampas haiwan terbabit.

Tragedi yang menimpa penyanyi ini bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang menggesa supaya wanita itu dikenakan hukuman atas kesalahannya itu.

 

Kasihan Beruang Di Tepi Jalan Dijadikan Alasan

Sumber: Tube Viral

Walaupun sudah tahu salah, penyanyi rock ini masih memberi pelbagai alasan yang mendorongnya untuk memelihara haiwan terbabit.

Antaranya, kasihan terhadap haiwan terbabit yang dikatakan berkeliaran di tepi jalan secara sendirian berdekatan sebuah hutan sebelum membuat keputusan untuk menjaganya.

Namun, dari segi undang-undang, apa yang dilakukan wanita ini sama sekali salah kerana kebenaran menjaga haiwan seperti ini hanya akan diberikan kepada pihak zoo selain mendapat kelulusan dari Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli terlebih dahulu.

 

Bahaya Kepada Orang Awam

Sumber: Astro Awani

Meskipun dari segi luaran, haiwan ini sememangnya comel kerana saiznya yang kecil namun ianya tidak sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan memandangkan ia boleh mendatangkan bahaya kepada pemilik dan juga orang awam.

Ditambah pula, beruang matahari ini sejenis haiwan karnivor yang memakan daging. Jadi, sekiranya dijaga di kondominium dan terlepas dari kurungan, ada kemungkinan haiwan tersebut boleh memberi ancaman keselamatan kepada penduduk sekitar.

Sumber: mStar

Difahamkan juga, penyanyi tersebut meninggalkan haiwan terbabit selama dua hari tanpa diberi makan dan minum yang berkemungkinan besar haiwan tersebut bertindak agresif.

 

 

 

Boleh Berdepan Tindakan Undang-Undang  

Orang kita ini, pantang sahaja nampak haiwan eksotik, laju sahaja niat untuk membelanya.

Selagi mana haiwan itu berada dalam kategori haiwan yang dilindungi, orang awam sama sekali tidak dibenarkan untuk menjaga mahupun memeliharanya kerana haiwan ini sama sekali dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Sumber: Sinar Harian

Ini bermakna, sebarang tindakan penangkapan, penyimpanan dan penjualan burung hantu adalah salah di sisi undang-undang Malaysia dan boleh dikenakan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Namun, masyarakat hari ini nampaknya seperti tidak mempedulikan amaran tersebut dek kerana terlalu mengejar kekayaan dengan memburu haiwan ini untuk dijual pada harga yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 secara berleluasa di atas talian, menerusi media sosial.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai kesalahan yang dilakukan ini?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN