Tatkala ada dalam kalangan kita masih melakukan pembaziran terhadap penggunaan air, tidak ramai mengetahui bahawa peperangan bagi merebut sumber bekalan air bersih akan berlaku pada masa akan datang.

Ini berdasarkan ramalan yang dilakukan oleh pengkaji alam sekitar seluruh dunia.

Cuma 3 Peratus Je Air Bersih

Walaupun 75 peratus daripada planet bumi dipenuhi air, namun hanya sekitar 3 peratus sahaja merupakan air bersih. Malah, dari jumlah 3 peratus itu, hanya satu peratus sahaja air yang boleh digunakan oleh seluruh manusia di dunia ini.

Sumber: Znafidah Twitter

Dengan anggaran penduduk manusia melebihi 7 bilion, adakah kita berasakan jumlah itu mencukupi? Itu tidak termasuk populasi manusia yang semakin berkembang dan masalah penebangan hutan, pencemaran dan sebagainya.

Memetik artikel The Patriots, selain digunakan untuk menyelaraskan suhu, air digunakan untuk bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh dan menjadi agen pembuangan bahan bertoksik daripada badan.

Ada Yang Cadangkan Bawa Iceberg Dari Kutub

Dijangka kekurangan bekalan air bersih bakal memberi malapetaka yang besar kepada manusia pada masa akan datang. Disebabkan itu kita tidak pelik apabila baru-baru ini seorang tokoh dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengemukakan idea gila untuk membawa pulang ketulan gergasi iceberg dari Kutub Selatan.

Sumber: TechEblog

Segala-galanya disebabkan masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih. Bagi negara-negara yang tidak mempunyai simpanan air bersih, kaedah penyulingan air laut merupakan langkah yang terpaksa dilakukan. Namun begitu, mereka perlu membayar harga yang sangat tinggil untuk setiap kos bagi memastikan air yang diminum tidak terhidrasi dan selamat digunakan.

Konflik-Konflik Melibatkan Air

Sebenarnya konflik merebut bekalan air bersih sudah pun berlaku di beberapa buah negara, termasuklah Malaysia dan Singapura. Bagi kita, konflik yang berlaku dengan Singapura bukan soal rebutan air, tetapi lebih kepada perjanjian pembayaran air yang tidak adil. Namun begitu, ia tetap akan menjadi konflik yang berterusan sungguhpun tidaklah sampai ke tahap peperangan.   

Konflik yang melibatkan pertumpahan darah pernah berlaku di benua Afrika. Misalnya pada tahun 1982 sehingga 1985, telah berlaku konflik di Tasik Chad yang melibatkan warganegara Nigeria dan warganegara Chad yang merebut sumber bekalan air. Konflik ini sangat serius kerana mendatangkan kematian sebanyak 9 penduduk Nigeria dan 72 penduduk Chad.

Begitu juga dengan konflik air yang berlaku di serata dunia antaranya di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates, Lembah Sungai Jordan Lembah Sungai Nil dan kawasan sungai di rantau Asia Selatan.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila tiada sebarang perjanjian yang dilakukan antara negara-negara sekitar yang berkongsi air sungai yang sama. Jelas menunjukkan bahawa, bekalan air bersih merupakan sumber yang sangat bernilai buat manusia.

Peruntukkan Undang-Undang Kepada Yang Mencemarkan Air

Disebabkan sumber air bersih merupakan perkara yang sangat penting, maka wujud peruntukan undang-undang terhadap individu-individu yang melakukan pencemaran terhadap air bersih.

Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, sesiapa yang melakukan pencemaran terhadap bekalan air bersih bakal dikenakan hukuman berat termasuk hukuman mati.

Sumber: Budhi Sarwono

Berdasarkan laporan Berita Harian, hukuman berat tersebut telah termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Justeru, adalah diharapkan bagi setiap orang untuk menghargai sumber air dengan tidak melakukan pembaziran. Adakah kita sanggup melihat anak cucu kita menderita pada masa akan datang disebabkan tangan-tangan kita?

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa bekalan air bersih akan habis?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN