Seiring dengan usaha mencapai status negara maju menjelang 2020, tidak lama lagi negara kita bakal melancarkan talian Internet berkelajuan laju 5G yang bakal dilancarkan pada tahun 2021.
Bagaimanapun, ada yang menganggap teknologi 5G ini sama sahaja seperti internet berkelajuan tinggi yang kita nikmati pada hari ini.
Tidak kurang juga, dakwaan khabar angin yang mengatakan teknologi 5G ini dilihat membahayakan kesihatan serta suatu ancaman keselamatan yang melibatkan kegiatan pengintipan siber dari negara China.
Walhal, teknologi 5G ini tidaklah seperti yang diperkatakan itu memandangkan spektrum yang terdapat di dalamnya bakal membolehkan kita melakukan apa yang disifatkan sebagai ‘keajaiban’.
Apa Itu Teknologi 5G?
Teknologi 5G merupakan satu teknologi mudah alih yang digunapakai generasi ke-5 (5G) yang menghubungkan kita dengan berjuta-juta peranti, membina perkhidmatan baru dan menyokong penggunaan aplikasi secara lebih meluas.
Dengan adanya teknologi seperti ini, ia juga dapat memberi kesan positif kepada aktiviti harian pengguna serta operasi perniagaan dan kerajaan.
Selain itu, teknologi ini juga selari dengan Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk menyediakan rakyat dengan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik.
Ternyata teknologi 5G ini bukan setakat memberi jaringan yang lebih luas kepada kita tetapi kita juga bakal menikmati kelajuan data yang sangat pantas berbanding dengan teknologi 4G yang ada pada ketika ini.
Kelajuan 5G adalah 20 kali ganda daripada 4G yang hanya boleh mencapai tahap 1Gbps sahaja.
Sektor Yang Mendapat Manfaat Daripada Teknologi 5G
Teknologi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada operasi perniagaan dan juga sektor kerajaan namun ia juga turut memberi manfaat kepada sektor lain seperti pertanian, automotif, Pendidikan, kesihatan, pengilangan, media dan hiburan, keselamatan awam dan bandar pintar.
Dari segi perubatan, teknologi ini sama sekali membantu pakar perubatan untuk melakukan pembedahan dengan menggunakan peralatan yang boleh dihubung capai seperti teknologi 5G untuk melakukan pembedahan kepada pesakit tanpa perlu berada di bilik pembedahan.
Malah, doktor yang membedah pesakit juga boleh merasai tindak balas tersebut dari tubuh pesakit. Hebat bukan?
Selain itu, teknologi ini juga membolehkan kenderaan tanpa pemandu yang mana dengan kelajuan Internet yang bakal dibawa oleh 5G, setiap kenderaan kini mampu berkomunikasi antara satu sama lain untuk memastikan ia tidak saling berlanggar serta memahami tanda lampu isyarat.
Bagi dron pula, teknologi 5G ini berpotensi mengawal dron secara tepat terutama ketika menghantar visual secara langsung.
Dan yang paling menakjubkan sekali, anda boleh membuat panggilan berbentuk realiti maya atau hologram dengan sesiapa sahaja!
KATA ORANG
4G pun KELAUT...
— Gagasan Nasional (@MDM_uhammad) April 13, 2019
Dekat luar bandar, jangan kata 4G, 3G pun segan nak timbul dekat HP, ada hati buat pelancaran 5G?
— Suha Zainal (@ZainalSuha) April 16, 2019
Malaysia zaman sekarang, makin lama makin kelakar!
Fix your 4G first-lah!
The future is here . Well done YB. Next is to identify those who polute social media and take harsh action against them 👍
— Kala Sethu (@KalaSethu) April 16, 2019
Some of us civilians who object to 5g. We object to this unethical weapons system. 5g is evil and therefore an enemy of fundamental human rights. I strongly suggest that you consider Brussels' position on this. #WeDoNotConsent
— yshia17 (@y_lausevic1) April 17, 2019